Khaifa haluka pembaca2 sekalian? insya Allah antum semua sihat dan ana mendoakan agar kita semua akn sentiasa diberikan kesihatan agar usaha dakwah akn terus bersemadi di bumi Allah ini.
HAH? POLITIK ? kemon ! gelilah saya !
Ok..sekarang ni heboh berita mengenai demonstrasi mahasiswa upsi ntok menuntut kebebasan akademik dan memansuhkan AUKU yg menyekat penglibatan mahasiswa dlm politik..baru2 ini kita dikejutkan dengan peristiwa berdarah yg berlaku di UPSI di mana mahasiswa dipukul oleh pihak FRU gara2 hanya ingin melakukan demonstrasi aman tanpa sebarang senjata..tindakan ini dikecam hebat oleh pelbagai mahasiswa yg menyokong kebangkitan mahasiswa ini..tapi ada juga mahasiswa yang x bersetuju dengan tindakan itu dan ada juga yang mengambil pendekatan selamat ntok tak nak ambil tahu atau buat2 tak tahu..
" Kau tu budak lagi..exam pun sangkut2..ada hati nak cakap politik"
"Untuk masa ni, aku rasa baik ko belajar je la dulu.. tak payah la nak gelabah2 sgt dgn politik ni !"
"Daripada ko sibuk dengan politik ni, baik ko pegi mengaji, solat atau dengar kuliah..kan lagi elok"
Well, inilah sebahagian komen2 dilontarkan oleh sebahagian mereka. Niat ana bukanlah nak memburukkan sesiapa..namun sebagai individu muslim, menjadi tanggungjawab ana ntok memberi pencerahan yg sebenar agar kita faham politik dalam konteks islam.
Politik dari segi bahasa, berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti mengurus kepentingan seseorang..dari segi istilah syarak pula ri'ayah asy-syu'un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan iaitu mengatur urusan umat sama ada dalam atau luar negeri. sabda nabi dalam riwayat dan muslim :
" Siapa saja bangun di pagi hari dan perhatianya kepada selain Allah, maka ia tak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tak memerhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tak termasuk golongan mereka"
Daripada maksud dan hadis di atas, jelas kita faham bahawa setiap individu muslim wajib berpolitik dengan maksud memerhatikan urusan kaum muslimin. Bagi pemerintah, wajib untuknya menunaikan hak2 rakyat dan menjalankan pemerintahan berlandaskan syarak dan bagi rakyat, wajib ntok berdakwah dan memuhasabah pemimpin sekiranya berlaku kesilapan sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 :
"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung "
Takbir !
Jadi, kita berbalik kepada persoalan sebelumnya..ramai yang memandang politik itu jijik,kotor dan najis.."jgn dikotorkan Islam yang suci ini dengan politik.." sememangnya ana admit politik kini penuh dengan sifat2 yang lari dari islam..rasuah, mengaibkan orang, kutuk-mengutuk, mencarut dan sebagainya..namun, yakinkah kita politik yang diamalkan sekarang DATANGNYA DARI ISLAM ?? TAK MUNGKIN INI POLITIK YANG DIAJAR OLEH BAGINDA NABI KEPADA KITA ! OLEH ITU DIMANA POLITIK ISLAM YANG SEBENARNYA ?
Sejak kejatuhan khilafah islam yang terakhir di turki uthmaniyyah pada 3 mac 1924, daulah islam yang dahulunya hanya satu telah dipecahbelahkan menjadi negara bangsa..segalanya dihancurkan termasuklah sistem pemerintahan islam itu sendiri.politik sekular diamalkan di mana urusan pemerintahan dipisahkan dengan keagamaan..hal2 pemerintahan dijalankan tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..tidak hairan kalau kita tengok banyak kepincangan berlaku di dunia termasuk di MALAYSIA ini sendiri ! sebab apa? sebab kita membelakangkan Al-quran dan Sunnah dalam urusan kehidupan.
Ana berani mengatakan kemungkinan besar tidak akan berlaku pemberontakan sekiranya islam dijadikan asas dalam setiap perkara..kerana ISLAM RAHMATALILALAMIN..ISLAM IS THE WAY OF LIFE...kita sedia maklum bahawa islam ini syumul dan lengkap..tidak mungkin ia hanya terbatas dalam ritual semata2..
akhir kalam, belajar dulu atau politik dulu? dua2 perlu kerana dua2 tuntutan agama..jgn jadi salah satunya alasan ntok menafikan keberadaan yang lagi satu..MOGA KHILAFAH ISLAM PENYELAMAT DUNIA AKAN KEMBALI DI DUNIA TIDAK LAMA LAGI ! AMIN ~
Ana berani mengatakan kemungkinan besar tidak akan berlaku pemberontakan sekiranya islam dijadikan asas dalam setiap perkara..kerana ISLAM RAHMATALILALAMIN..ISLAM IS THE WAY OF LIFE...kita sedia maklum bahawa islam ini syumul dan lengkap..tidak mungkin ia hanya terbatas dalam ritual semata2..
akhir kalam, belajar dulu atau politik dulu? dua2 perlu kerana dua2 tuntutan agama..jgn jadi salah satunya alasan ntok menafikan keberadaan yang lagi satu..MOGA KHILAFAH ISLAM PENYELAMAT DUNIA AKAN KEMBALI DI DUNIA TIDAK LAMA LAGI ! AMIN ~
Sila berkokok