JOM BERDAKWAH(SIRI 1)
Keadaan masyarakat dan tugas berat anda
Apakah anda merasa “sesak nafas” ketika anda melihat keadaan masyarakat sekarang?
Jika anda merasa “sesak nafas”, maka anda alami benar-benar seperti yang dialami Rasullullah. “Sesak nafas” ketika melihat kesesatan dan kezaliman adalah hal yang sangat wajar,bahkan sesuatu keharusan bagi orang-orang yang memiliki hati nurani.Berbeza dengan orang yang sudah kehilangan hati nurani dan akal yang sihat.Orang seperti ini akan merasa “sejuk-sejuk” saja melihat kehancuran masyarakat.
Kemudian setelah anda merasakan “sesak nafas”, apakah anda ingin mengasingkan diri untuk mencari ketenangan diri sendiri? Atau anda pura-pura tidak tahu sehingga anda merasa tidak dapat tugas apa-apa pun dari Allah? Atau anda merasa bahawa itu bukan tugas anda,lalu seluruh kemampuan dan potensi anda hanya digunakan untuk mengejar dunia?
Jika demikian,lalu siapakah yang akan membimbing dan mengubah masyarakat agar menjadi lebih baik?
Sudah tentu orang tersebut adalah anda.
Sudah tentu orang tersebut adalah anda.
Wahai saudaraku…tiada kata paling tepat dan indah untuk anda yang telah mengabdikan diri di jalan Allah kecuali kata:selamat.
Berbahagialah:Sebab di antara sekian banyak hamba Allah,anda termasuk orang yang terpilih untuk menyambung tugas besar para Nabi dan Rasul.
Bersyukurlah.Sebab,tidak semua orang mendapat kebahagiaan untuk berjuang dan mengabdikan diri di jalan Allah.Tak banyak orang rela dan sanggup untuk ikut berperanan dalam mengubah kondisi masyarakat yang rosak menjadi lebih baik seperti anda.
Sungguh,anda termasuk dalam hamba Allah yang beruntung.Itulah yang dikatakan Rasullullah.
Beliau bersabda,”Islam akan datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing seperti semula.maka berbahagialah orang-orang yang terasing itu.Ditanyakan kepada Rasullullah,”Siapakah orang yang terasing itu?”Rasul emenjawab,”Iaitu orang-orang yang melakukan pembaikan(islah) pada saat manusia pada umumnya rosak.”(HR Thabrani)
Yang memilih anda adalah Allah,Pencipta Alam.Yang memuji anda adalah Rasullullah pemimpin para Nabi.Betapa hebat apa yang anda lakukan sehingga Rasullullah memuji anda sebagai orang-orang yang berbahagia.Masihkah ada kebahagiaan lain dibanding pujian Rasullullah?
mak ai!!beratnyer...
Memang tugas yang kita pikul sangat berat.Kerana itulah barangkali ada di antara kita yang mengaku sebagai orang “lemah” .Lalu mengeluh menyatakan bahawa tugas yang berat tidak mungkin boleh dipikul oleh orang-orang “lemah”.Maka perlu diketahui,bahawa ketika Allah memilih kita sebagai orang mukmim,maka pada saat itu Allah menganggap dan menjadikan kita “kuat” yang sanggup menjalankan tugas-tugas berat.Bukankah tugas-tugas(taklif) yang tercantum dalam Al-Quran itu dibebankan kepada orang mukmim?
Itu menunjukkan bahawa orang mukmim itu orang “kuat”.Sebab,jika bukan orang “kuat”,tentu tidak akan diberi tugas-tugas besar.Jadi anda adalah orang “kuat” yang diberi amanah dan tugas yang berat.
Untuk mengetahui tugas-tugas berat kita,mari kita lihat kondisi masyarakat sekarang.
Jika kita perhatikan, maka akan nampak bahawa masyarakat sekarang sama dengan masyarakat zaman Rasullullah ketika diutus Allah.Masyarakat sekarang juga jahiliyah,bahkan mungkin lebih jahiliyah disbanding masa zaman Rasullullah.
Masyarakat seperti ini tentu memerlukan orang-orang “kuat” yang mahu mengubahnya sehingga masyarakat yang lebih baik.
Masyarakat sekarang bukan hanya mengubur bayi wanita tetapi juga bayi lelaki.Bahkan mereka bukan sahaja membunuh mereka selepas dilahirkan bahkan ada juga dibunuh sewaktu masih di dalam rahim. Menurut catatan Dr. Yusof Qardhawi dalam bukunya Umat Islam Menyongsong Abad ke-21, jumlah pengguguran anak semenjak tahun 1917 saja sudah sekitar 10 juta pengguguran. Itu yang tercatat.Sementara yang tidak tercatat tentu berkali-kali ganda.
gambar ini baru secebis dari kes buang bayi yang ada kat malaysia
Saat ini,sebahagian wanita bukan hanya melacur seperti zaman jahiliyah tetapi lebih dari itu.Mereka juga melakukannya terhadap binatang dan benda mati.Mereka juga melakukannya di depan jutaan manusia melalui tv,internet dan lain-lain lagi.Jika pada zaman jahiliyah,pelacur memberi tanda khusus di pintu rumahnya sebagai tanda bahawa ia pelacur, maka pada zaman sekarang iklan pelacuran bukan hanya dipasang di rumah.Pelacuran itu diiklankan dimana-mana sahaja melalui tv,internet,radio dan di baju-baju.Bahkan penguasa juga memberi lesen kepada mereka dengan syarat diberi bayaran wang.
Wanita juga dijadikan seperti barang dagang atau paling tidak dijadikan barang “pelicin” perdagangan.Lihat sahaja iklan-iklan sekarang.sungguh menggelikan hati,iklan produk kicap tetapi yang diiklankan adalah bahagian tubuh tertentu seseorang wanita.
Jika pada zaman jahiliyah,sebahagian aktiviti ekonomi menggunakan riba,maka pada zaman sekarang bukan sekadar itu.Saat ini,riba telah menjadi tulang belakang ekonomi dunia iaitu dengan adanya bank-bank konvesional.Akibatnya hamper tidak ada satu pun aktiviti ekonomi yang dapat berjalan kecuali dengan riba.
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasullulah saw berkata: Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debu nya. - HR Ibnu Majah
Apa yang lebih menyedihkan terdapat pakar-pakar agama yang mula menghalalkan riba dengan alasan darurat dan sebagainya.
Jika pada zaman jahiliyah dahulu,terdapat judi maka pada zaman sekarang tidak sekadar itu.Pada zaman sekarang,judi telah menjadi satu pekerjaan bahkan pekerjaan terhormat seperti di bursa saham.Bahkan judi juga dibuatkan tempat khusus iaitu kasino.
Pada saat ini,rompakan,pembunuhan dan pemerkosaan merupakan menu harian.Darah manusia melimpah di mana sahaja.Kemudian berita-berita ini dimuatkan di dalam media sehingga umat sudah biasa dan menjadi trend masyarakat.Yang peliknya,berita-berita ini tidak pernah habis bahkan lebih bertambah teruk lagi.
kerosakan umat makin menjadi-jadi
Di setiap tempat terdengar tangisan baik kerana kelaparan,teraniaya atau menangis kerana kehilangan makna hidup.Orang-orang miskin mengais sisa-sia makanan di tempat sampah. Yang miskin terus miskin,yang kaya terus kaya.Pada saat kanak-kanak menderita kelaparan, terdapat wanita-wanita yang menghabiskan wangnya untuk menyedut lemak,hartawan-hartawan yang berbelanja besar.Cincin berpuluh-puluh juta,tempat penginapan beratus-ratus ribu.Sungguh sangat ironi!!
Dan banyak lagi kejahilan-kejahilan yang sangat memilukan dan mengerikan terutama bagi orang yang masih memiliki nurani dan akal yang sihat.
dimanakah saudara-saudaraku :'(
oh...mereka sedang bersuka dikala kami berduka...
Jadi sekarang kita bukan berada di zaman yang moden tetapi sekarang adalah zaman jahiliyiah episod baru yang lebih kelam.
Selamat datang ke zaman jahiliyah 2.0!
Sila berkokok