‘JALAN TENGAH’ BUKAN JALAN ISLAM

‘JALAN TENGAH’ BUKAN JALAN ISLAM


Pada saat ini,banyak kaum muslim yang melakukan kompromi-kompromi,baik dalam bidang politik dalam negeri,politik luar negeri dengan negara-negara asing dan berbagai-bagai interaksi lainnya. Akhirnya mereka terperangkap dalam kesukaan bersikap moderat (jalan tengah), seolah-olah sikap moderat itulah yang benar,paling selamat dan paling diterima semua pihak.

Istilah jalan tengah (sikap moderat) tidak pernah muncul di tengah-tengah kaum muslim dan bukan berasal dari ajaran Islam. Jalan tengah adalah istilah asing yang bersumber dari Barat dengan ideologi Kapitalismenya. Ideologi inilah yang telah membangun akidahnya di atas dasar jalan tengah. Jalan tengah itu sendiri merupakan kompromi yang lahir akibat pertarungan antara gereja dan para raja dengan para pemikir/falsafah Barat.


Pihak pertama memandang Kristian sebagai agama yang layak untuk mengatur seluruh urusan kehidupan manakala pihak yang kedua berfikir yang sebaliknya dan berpendapat bahawa agama Kristian sebagai penyebab kehinaa dan ketinggalan.

Setelah pertarungan yang sengit di antara kedua belah pihak ini,kedua-duanya membuat keputusan untuk mengambil jalan tengah iaitu mengakui kewujudan agama untuk mengatur interaksi manusia dengan Tuhan tetapi agama tidak diberi hak untuk turut campur tangan dalam kehidupan.Dari sini mereka lantas memisahkan agama dengan kehidupan(sekularisme). Di atas pemisahan inilah, mereka menerapkannya sebagai akidah bagi ideologi mereka yakni kapitalisme.

Prinsip jalan tengah atau bersikap moderate,yang berbau kompromi itu akhirnya menjadi ciri yang menonjol dalam setiap hukum atau perilaku penganut ideologi kapitalisme ini terutamanya dalam masalah politik.
Contoh dalam isu Palestin, kaum muslim menuntut agar seluruh bumi palestin menjadi negeri mereka. Dalam pada masa yang sama, pihak yahudi menclaim Palestin sebagai tanah yang dijanjikan Allah bagi mereka sehingga semuanya adalah milik mereka. Negara-negara barat yang kapitalis pun kemudian mencadangkan solusi jalan tengah berunsurkan kompromi-pada tahun 1948,satu rencana pembahagian tanah untuk mendirikan dua negara di palestin: satu untuk Arab dan satu lagi untuk Yahudi.


Prinsip tersebut akhirnya menjadikan kebijakan mereka selalu tertumpu pada kedustaan dan penghindaran diri dan masalah; tidak ditujukan untuk memperoleh semua hak yang seharusnya dimiliki tetapi hanya sebahagian hak sahaja.Prinsip ini ditempuh BUKAN BAGI MENEGAKKAN KEBENARAN tetapi sekadar mencapai suatu kompromi dari kedua-dua belah pihak.

Malangnya,terdapat segelintir kaum Muslimin yang terpengaruh dengan idea ini lalu menyerukan bahawa konsep/idea tersebut juga ada dalam ajaran Islam. Mereka selanjutnya menyatakan Islam itu terletak di antara spiritual dan materialism, di antara individual dan majmuk, di antara sikap realistic dan idealistic serta antara kemampanan(tetap) dan perubahan. Lebih jauh lagi,mereka menyatakan islam itu tidak mengenal sikap berlebih-lebihan atau terlalu berkira-kira.

Untuk membuktikan pendapat mereka,mereka melakukan pengkajian melalui segala fakta yang ada. Mereka menyimpulkan bahawa segala sesuatu mempunyai dua penghujung dan titik tengah.Titik tengah adalah daerah yang aman sementara kedua penghujung selalu terancam bahaya dan kerosakan.


Setelah melakukan analogi melalui kerasionalan terhadap hukum-hukum Islam dengan fakta benda-benda yang ada,mereka mencari bukti yang lain dalam nas-nas syariat. Mereka lantas menundukkan nas di bawah pemikiran mereka yang telah rosak agar berjalan sesuai dengan pendapat mereka.Mereka selanjutnya mengutip firman Allah swt:
(Hamba-hamba Allah yang baik adalah) orang-orang yang jika membelanjakan harta,mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, perbelanjaan itu berada di tengah-tengah yang demikian(Al-Furqan:67)


Berdasarkan ayat ini, mereka menetapkan bahawa dalam konteks perbelanjaan harta(infak), ada dua hujung iaitu berlebih-lebihan(isyraf) dan kikir(bakhil). Mereka menetapkan adanya jalan tengah dalam infak iaitu pertengahan(qawam). Sikap demikian,menurut pandangan mereka adalah dalil menenai jalan tengah dalam berinfak.

Mereka tidak menyedari bahawa makna ayat itu adalah bahawa terdapat 3 jenis infak iaitu berlebih-lebihan,kikir dan pertengahan.

1)Berlebih-lebihan adalah tindakan membelanjakan harta dalam perkara-perkara yang haram,baik sedikit ataupun banyak.Jika seseorang membelanjakan harta satu dirham saja untuk membeli khamar atau untuk berjudi, maka tindakan demikian termasuk tindakan berlebih-lebihan.Hukumnya adalah haram.

2)KIkir adalah mencegah diri untuk menginfakkan harta dalam perkara yang wajib.Ertinya,kalau seseorang itu tidak membayar satu dirham dari ketentuan zakat mal yang wajib dikeluarkannya atau tidak menafkahi orang-orang yang dia beri nafkah maka itu adalah kikir.Hukumnya juga adalah haram.

3)Pertengahan pula adalah membelanjakan harta sesuai dengan tuntutan hukum-hukum syariat,baik banyak mahupun sedikit.Menderma di masjid,memuliakan tetamu/musafir dengan memberi makan dan sebagainya.Hukumnya adalah halal.


Adakah kompromi atau jalan tengah dalam sabda Rasullullah saw kepada Abu Thalib ketika kaum Quraisy menawarkan kepada beliau pangkat,harta dan kehormatan agar beliau mahu meninggalkan Islam?Yang ada pada saat itu ialah ketegasan Rasullullah saw ketika beliau berkata:

Demi Allah, wahai datukku,andaikata mereka meletakkan MATAHARI DI TANGAN KANANKU, DAN BULAN DI TANGAN KIRIKU agar aku meninggalkan perkara ini(Islam),nescaya aku tidak akan meninggalkan samapai Allah MEMENANGKAN perkara itu atau aku binasa kerananya.

Adakah pula sikap moderat atau jalan tengah dalam sabda Rasullullah kepada kabilah Amir ibn Sha’sha’ah ketika mereka meminta kekuasaan sepeninggalan beliau sebagai balasan dari pertolongan yang mereka berikan kepada beliau?Pada saat itu pun,secara tegas Rasullullah menyatakan:

Perkara ini(kekuasaan) adalah milik Allah azza wa jalla yang akan diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Konklusinya,sikap kompromi atau jalan tengah adalah idea yang sangat asing dalam pandangan Islam.Idea ini telah dimasukkan ke dalam pemikran umat Islam oleh orang-orang Barat dan agen-agen mereka dalam kalangan muslim atas dasar nama toleransi dan keadilan.Tujuannya adalah menyimpangkan kaum Muslim dari berpegang teguh dengan syariat-syariat Allah SWT.




Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (an-Nisaa’: 115)

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Archive

Credit

 
▲ Terbang ▲