ALLAH,RASUL DAN ISLAM DIHINA!!!APA SOLUSINYA???


  • “Dier nie orang murtad,biarkan je”,
  • “Tunggu shaja lah balasan Allah wahai si polan”,
  • “Kurang ajar btul la…Mak bapak ko x pernah ajar ke”,


Ni sahaja lah dialog yang biasa kite dengar kalau berlaku perhinaan terhadap Islam kan… Apabila seseorang tu memaki hamun Islam, aper yang mampu kita buat adalah hanya memaki hamun si tukang pemaki tu je kan…walhal orang yang memaki tu bukannya menghina cikgu kita,tidak menghina adik beradik kita ataupun menghina ibu bapa kita…TETAPI aper yang mereka memaki hamun itu ialah:
Tuhan kita,ALLAH, Nabi kita,MUHAMMMAD s.a.w, Agama kita,ISLAM!
Tidak cukupkah lagi penghinaan-penghinaan yang dilakukan… Namun apakah respons kita?? Sekadar diam membatu@sedih@tidak ambil peduli…. sedangkan sudah cukup jika ibu bapa kita sahaja dihina untuk membuatkan kita tidak duduk diam sehingga kadang kala boleh mengakibatkan aksi tumbuk menumbuk… Tetapi apabila yang dihina itu adalah Allah,Rasullullah mahupun Islam,kita hanya mampu berkata:
"tak baik kutuk-kutuk dier…kite perlu doa moga-moga dier dpt hidayah"
Apakah antum lupa akan hadis Rasullulah…

“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai melebihi dari selain kedua-duanya” (Hadis).

Apakah antum masih bergembira di saat mereka ini menghina-hina agama kita? Masihkah antum hanya diam membatu apabila yang dihina itu adalah tuhan yang kalian sembah 5 kali setiap hari? Apakah jawapan antum apabila berhadapan dengan Allah swt kelak apabila ditanya usaha antum ketika Tuhan antum,Rasul antum dan Agama antum dihina seperti tiada nilainya?

































Ini hanyalah sebahagian gambar daripda gambar-gambar yang menghina agama kita…Cuma aper yang ana nak ingatkan ana menulis article ini bukanlah untuk menfameskan lagi si polan-si polan ini kerana mungkin itu adalah tujuan mereka memuat kontoversi sebegini iaitu to get our attention…kerana kebanyakan blog-blog yangg ana bace hnya mampu mencaci maki si polan ini...Jarang di antara mereka yang memberi solusinya...so secara x langsung kita dah termasuk dlm perangkap-perangkap mereka apabila kita membincangkannya secara emosi,caci maki,kafir mengkafirkan dan etc...

So what is the solution:
  • jangan serve internet lagi ke?So kalau x serve,xder lah lagi jumpe si polan-si polan nie
  • buang computer?Lagi senang,semua benda x bleh tgk…Secara automatik,game2 yang menghina Islam pown kita xkan main…
  • TEGAKKAN KHILAFAH

So terpulang kepda antum semua ingin memilih yang mana satu… Apakah kalian lupa kisah bagaimana Khilafah melindungi umat Islam dan agama Islam itu sendiri sewaktu ketika dahulu?

1)Kisah Sultan Salahuddin al-Ayubi

Pernah sewaktu ketika umat Islam dalam perjalanan pergi untuk menunaikan haji….Namun sewaktu dalam perjalanan,mereka ditahan oleh orang2 kafir…Mereka meminta untuk dilepaskan…Namun dengan bongkaknya si ketua orang2 kafir tersebut ”Pergilah kamu berdoa kepada si Muhammad(yang ketika sudah wafat berpuluh tahun lamanya) itu”
Maka apabila peristiwa ini didengari Sultan Salahuddin Al-Ayubi, dengan sepantas kilat beliau menghantar tentera-tentera beliau untuk menyerang orang-orang kafir seandainya si ketua ini tidak mahu memohon maaf…kerana ketegasan Sultan Salahuddin itu,si ketua ini pown meminta maaf…

2)Kisah Sultan Abdul Hamid II
Peristiwa Barat ingin mengadakan pementasan menghina Nabi Muhammad SAW pada saat Khilafah masih tertegak dulu. Pada saat tu, Sultan Abdul Hamid II hanya menghantar sepucuk surat sahaja yang mengarahkan mereka membatalkan pementasan tu. Kalau tak, bala tentera Islam akan datang menyerang mereka dengan seruan jihad.

Benarlah sabda Rasullullah s.a.w:
"Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)."


Namun hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang mampu menimbulkankan kegentaran dan ketakutan ke dalam sanubari kaum kuffar dan musyrik ini sehingga mereka begitu berani melakukan sewenang-wenangnya terhadap kemuliaan Islam. Sikap kurang ajar dan mulut celupar si polan si polan yang mengina Islam sebenarnya adalah perkara yang telah berlaku berulang-ulang kali sejak dari dahulu dan akan terus terjadi sehinggalah ia akan disenyapkan dengan tertegaknya Khilafah.

Untuk benar-benar memberhentikan perbuatan kurang ajar pihak kuffar ini, tindakan yang paling utama masa kini adalah menegakkan semula Sistem Khilafah bagi melontarkan ketakutan dan kegentaran di dalam jiwa-jiwa kaum kuffar . Sesungguhnya apa yang ditakuti oleh Barat adalah Khilafah dan hanya Khilafah sahaja akan mengajar mereka..Yakinlah dengan janji Rasullullah s.a.w



"dan akan kembalinya khilafah mengikut manhaj kenabian" 
(HR Ahmad)



GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲