Anda terbang ke: Home
»
Tips
»Baby step towards readings
Assalamualaikum semua.
Semoga semua sihatnya. Sejak kebelakangan ni macam benda yang berlaku kat dunia sekarang ni. Baru2 di Sarawak kecoh akan terdengarnya bunyi2 yang menakutkan. Dan bunyi itu juga kedengaran di beberapa buah Negara lain seperti Republik Czech. Kedengarannya bunyi itu dihasilkan oleh sebuah kajian yang dilakukan oleh US iaitu HAARP. Apakah HAARP itu? Ana sendiri masih tertanya2 apakah ia. Dengar citernyeww macam Weather Control dalm Red Alert. Akan tetapi itu hanyalah spekulasi yang di baca oleh tubuh ini. Sejauh mana kesahihannya, wallahualam, Allah sahaja yang mengetahuinya. Mungkin para pembaca boleh mengkajinya dan berkongsi dengan kami serta pembaca yang lain.
Dah macam tempat sidai baju.
“Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat sejak kebelakangan ini. Ia adalah atas usaha kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan kempen yang berkaitan dengan membaca. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kita masih ada ruang untuk peningkatan. Menurut statistik, rakyat Malaysia membaca sebanyak 8 sehingga 12 buku setahun, sementara yang lain menyukai bahan bacaan ringan seperti majalah dan akhbar.” (http://www.readmalaysia.my/Download/2011-press-release-BM.pdf)
Berdasarkan statistic ini, kita dapat lihat berapa “rajin”nya kita membaca. 8 sehingga 12 buku setahun? Agak2 banyak tak? Bagi yang rasa sedikit, teruskan aktiviti anda dan yang rasa banyak, tahniah! Anda termasuk dalam golongan average.. huhu.. Ana xsure ana termasuk dalam golongan mana.. mungkin golongan wassatiyyah kowt.. hehe.. just kidding..
Apa yang ana nak sampaikan di sini ialah tanamkanlah sifat membaca dalam diri kita. Hal ini demikian kerana membaca adalah kunci kepada Ilmu bak kata pepatah melayu, membaca itu jambatan Ilmu. Tidak semua yang suka membaca itu akan Berjaya, tetapi kalau nak Berjaya mesti membaca. Betul atau tidak? Ayat pertama yang diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh malaikat Jibril ialah,
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).”Surah Al Alaq, ayat 1.
Kita sebagai seorang yang beragama Islam pasti kenal dengan ayat ini. Justeru, kenapakah kita masih kurang lagi membaca? Adakah sebab malas? Adakah sebab nak exam baru kita nak baca? Tepuk dada, Tanya diri sendiri. Alhamdulillah, sejak dipertemukan dengan beberapa badan dakwah, ana dipupuk dengan semangat “Nak tahu, kena baca”. Di sebabkan itu, tercetus minat ingin membaca. Akan tetapi sesuatu yang baik pasti akan dihalangi oleh syaitan. Saat nak membaca tulah mata mulai berat dan berbagai jenis gangguan datang. Haha.. Perkara biasa dalam kamus hidup seorang pelajar. Time rajin tulah datang berbagai cobaan.
Sebenarnya, statistic tu kureng tepat pada pandangan ana. Ni bukan nak kata ana lagi hebat dari mereka, juz nak meluahkan pendapat. Kalau dikutkan, kita sebagai orang Islam, dah banyak kali kita baca buku. Tambah2 para pelajar, buku tu ikut subjek SPM. Kalau 10 subjek, 10 buku dah kita baca. Itu x termasuk lagi buku rujukan + buku latihan + buku nota. Ditambah pulak dengan Al Quran yang diturunkan kepada kita sebagai rujukan. Kalau dalam bulan puasa tu, berebut2 nak khatam Al Quran. X ke banyak tu? Nak tambah lagi, MUKABUKU yang kebanyakkan dari kita baca hamper tiap2 hari. Dah beribu page dibaca. Kalau nak listkan kt sini, alamatnya xkesudah.
Berbalik kesaranan ana di atas tadi. Ke ada yang terlepas? Tidak mengapa, ana akan ulang semula saranan ana tadi. Mengulang juga termasuk dalam teknik2 nak mudah ingat apa yang dibaca. InsyaAllah ana akan berkongsi tips ni di posting yang lain. Oleh itu, tanamkan sifat membaca dalam kita.
Bagaimanakah nak tanamkan sifat itu? Di sini ana kongsikan bagaimana nak tanamkan agar tertancap dalam hati.
Firstly, fikirkan tentang perkara ini...
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Gimana sih nak menyampaikan kalau nggak membaca?
Secondly, cuba try test baca apa yang bermanfaat xkiralah dari sumber apa sekali pon, luangkan masa 15 minit paling minimum untuk kita baca.
Thirdly, Kalau xmampu nak baca buku setebal 500++ mukasurat, bacalah buku yang nipis2. Sikit2 lama2 jadi bukit, betul x anak2?
Yang keempat, bila rasa dah boleh maintain try upgrade sehari 1 jam baca buku. Maksud sejam disini, bukanlah sejam direct non-stop. Tetapi akumulative dari masa membaca tersebut.
Yang kelima, kita selitkan slot membaca tu sesudah sesuatu aktiviti misalnya selepas mandi.
Yang keenam, buat nota kaki dan tampalkan dimana2 yang kita boleh Nampak agar ada peringatan supaya kita membaca.
Lastly, cari bahan bacaan yang memberikan suntikan semangat yang membara2 bila membacanya seperti Sirah Nabi Muhammad, kisah para sahabat atau kisah Sultan Muhammad Al Fatih 1453.. (sempat lagi promote..)
Akhir kata dari ana, walau apapon yang kita baca, yang paling penting dan sesekali kita lupa nak membacanya ialah AL QURAN. Itu yang paling penting. Selagi kita berpegang dengan Al Quran dan sunnah, kita takkan sesat. Baca pi lah apa2 pon, as long as two of them remain in our heart, you will know apa yang hang baca tu perkara HAK atau BATIL.
Semoga bermanfaat tips yang diberikan. Ana pon nak try juga la pas ni.. hoho Selamat beramal!&Assalamualaikum!
Macam besa la no boss, kalau salah minta sangat2 tolong tegur dan perbetul.. :D
Sila berkokok