Pendapat Para Ulama Mengenai Kewajiban Mengangkat Khalifah






Pendapat Para Ulama Mengenai Kewajiban Mengangkat Khalifah


Kini kepada wahai saudaraku sesama muslim,di segala penjuru bumi Allah,akan kami sampaikan sebahagian pendapat para ulama terkemuka-baik ulama dulu mahu pun ulama sekarang-mengenai kewajipan mengangkat seorang khalifah Muslim yang berkewajipan mengelola urusan kaum Muslim.




1)Imam Al-Mawardi dalam bukunya,Al-Ahkam ash-sulthaniyyah,halaman 5 menyatakan,”Mengadakan akad imamah(Khilafah) bagi orang yang menegakkannya di tengah-tengah umat merupakan kewajipan yang di dasarkan kepada ijma’ sahabat.”

Selain itu, beliau juga menyatakan di dalam bukunya itu “Mengangkat seorang imam(khalifah) yang akan menjadi penguasa urusan dunia dan pemimpin umat adalah sebuah kewajipan.Dengan itu,agama dapat terjaga dan kekuasaannya berjalan sesuai dengan hokum-hukum agama.



2)Ibnu Taymiyah dalam As-Siyasah asy-Syar’iyyah,halaman 161,menyatakan :
Upaya menjadikan kepimpinan(khalifah) sebagai bahagian dari agama dan sarana untuk bertaqarrub kepada Allah adalah sebuah kewajipan. Taqarrub kepada-Nya dalam kepimpinan itu iaitu dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya termasuk ke dalam taqarrub yang paling utama. Faktor yang dapat merosak keadaan banyak orang dalam kepimpinan itu tidak lain adalah sikap mencari kekuasaan dan harta semata..

3)Abu Ya’la al-Farra’ dalam Al-Ahkam ash-sultaniyyah halaman 19 menyatakan:Mengangkat seorang imam adalah wajib,Imam Ahmad r.a,menurut riwayat Muhammad Ibn’ Auf ibn Sufyan al-Hamshi, telah berkata,”Adalah fitnah(bencana jika sampai tidak ada seorang imam(khalifah) yang mengatur urusan rakyat.”

4)Ibn Taymiyah dalam Majmu’ Al-Fatawa,jilid 28, halaman 297, menuturkan perkatqaan Ali Ibn Abi Thalib r.a sebagai berikut:

“Ali ibn Abi Thalib r.a, berkata,”Manusia harus mempunyai pemimpin(khalifah), entah yang baik ataupun yang buruk.”Lalu ada yang berkata kepada beliau,”Amirul Mukminin,kalau yang baik, kami sudah mengetahiuinya.Akan tetapi, bagaimana gerangan dengan pemimpin yang zalim?”
Ali menjawab,”Asala dia tetap menjalankan hudud,mengamankan jalan-jaln umum,berjihad melwan musuh dan membahagikan harta fal”.





Oleh kerana itu sangat aneh dan janggal, bahawa kita boleh merasa aman dan tenang walhal kita sekarang hidup di bawah pemerintahan kufur di bawah sistem kufur yang mencampakkan hudud ke tepi,negara sudah menjadi tidak aman malah jihad di negeri-negeri Islam dilalaikan. Malah kita boleh berbangga dapat mengumpulkan ribuan ataupun mungkin jutaan rakyat untuk terus menghidupkan sistem yang bukan dari Islam sendiri.

 menyokong demokrasi akan melambatkan penegakkan sistem khilafah dan syariah 
tanpa mereka sedari,mereka terperangkap dlm jerat kufar


firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan telah Aku redho bahawa Islam itu menjadi agama.
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]



5)Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimmah,halaman 167 menyatakan demikian:
Sesungguhnya mengangkat seorang imam(khalifah) adalah wajib.Kewajibannya dalam syariat telah diketahui berdasarkan ijma sahabat dan tabi’in(generasi para sahabat).Ketika Rasullullah  wafat,para sahabat segera membaiat Abu Bakar r.a dan menyerahkan pertimbangan tentang berbagai urusan mereka kepadanya.Demikian pula yang dilakukan oleh kaum muslim pada setiap masa setelah Abu Bakar.Oleh kerana itu, pada setiap masa yang ada,tidak pernah terjadi kekacauan di tengah-tengah umat manusia.Realiti semacam ini menunjukkan perlu adanya kewajiban mengangkat seorang khalifah.

Sebab itu terdapat perumpaan  menyatakan “60 tahun hidup di bawah pimpinan Khalifah yang zalim itu lebih baik daripada hidup satu malam tanpa kekuasaan(Khilafah)…
Maka masihkah Anda wahai kaum muslimin yang bersyahadat TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH  masih mahu menyokong sistem yang tidak berasal daripada Islam sendiri sama ada ia dalam bentuk demokrasi,teokrasi,monarki,kapitalis dan sebagainya.
SUDAH TENTU TIDAK!!
Jika ingin menggantikan yang batil dengan yang hak,maka yang batil itu perlu dibuang jauh-jauh.




Sesungguhnya ingatlah…Islam akan tetap bangkit tidak kira sama ada anda bersama mahu pun tidak…


“Dan akan kembalinya khilafah mengikut manhaj kenabian”(HR Ahmad)

Maka marilah kita bersama-sama berganding bahu menegakkan khilafah dan syariah.































JEMPUT HADIR KE MAJLIS ILMU:)

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲