Tadarruj Dalam Penerapan Hukum Islam

Assalamualaikum W.B.T..




Untuk posting kali ini, kami bawakan satu topik perbincangan iaitu tadarruj. Kami membahagikan posting ini kepada beberapa siri untuk memudahkan para pembaca. Ada sebahagian ulama kontemporari mengatakan tadarruj itu dibolehkan, sedangkan ada yang mengatakan sebaliknya. Setelah diperhatikan hujah yang diberikan secara mendalam dan jernih, kami dapati ketidakbolehan tadarruj lebih kuat. Disini kami bawakan hujah-hujah yang sering digunakan untuk membolehkan tadarruj dan juga respon menjawab hujah membolehkan tadarruj. Para pembaca yang bijak lagi arif boleh memberi komen maklum balas terhadap topik ini. 

Apakah yang dimaksudkan dengan tadarruj?

Tadarruj bererti melaksanakan hukum syara' yang dituntut secara berperingkat-peringkat. Dalam kata yang mudah, suatu pendekatan secara bertahap atau beransur-ansur dalam memastikan pelaksanaan hukum Islam dijalankan secara berkesan dan sempurna. Sesuatu hukum yang ingin dilaksanakan mengambil satu tahap, dua atau tiga malah lebih dari itu. 

Hujah yang digunakan membolehkan tadarruj.

Pertama : Allah mengharamkan khamr(minuman yang memabukkan) secara berperingkat bermula dari tidak haram kepada haram minum apabila hendak solat kepada haram secara total.

Allah SWT berfirman:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa`atnya". (TQS. Al Baqarah [2] : 219)

Firman Allah selainnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. (TQS. An Nisa [4]: 43)

Kemudian firman Allah SWT:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).(TQS. Al Maidah [5]: Ayat 90-91)

Kedua : Al Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun. 

InsyaAllah pada posting yang seterusnya, kami akan menjawab kedua-dua hujah diatas.. Wallahualam..


Untuk melihat respon terhadap kedua-dua hujah diatas, klik link dibawah:
-Respon terhadap hujah pengharaman arak secara bertahap
-Respon terhadap hujah penurunan Al Quran secara bertahap

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲