JOM BERDAKWAH(SIRI 4): MASYARAKAT PERNAH MENOLAK RASULLULLAH
booo..reject,reject
Pada awalnya
masyarakat membenci dakwah beliau kerana mereka BELUM FAHAM. Namun,beliau tidak
mengenal lelah serta selalu memahamkan masyarakat secara terus menerus demi
kebaikan mereka di kampong dunia dan di kampong akhirat.Rasullullah
menyampaikan firman Allah,
”Sungguh telah datang kepada kalian keterangan yang
nyata dari Tuhan kalian,petunjuk dan rahmat”(Al-An’am:157).
Namun mereka jesteru
tersenyum sinis menolak Rasullullah.
lalala....x nak dengar
Rasullullah memahami betul bahawa penolakan mereka bukan kerana mereka tidak memerlukan dakwahnya.Akan tetapi kerana mereka belum faham.Walaupun ada juga sebahagian masyarakat yang sudah faham namun kerana takutkan kehilangan kedudukan lalu mereka menentang Rasullullah.
Rasullullah faham betul bahawa masyarakat memerlukan Allah,Rasul dan syariah-Nya.Dan seandainya Rasullullah berhenti daripada berdakwah,pasti mereka-mereka ini akan terkapai-kapai mencari rahmat sebenar dan yang lebih pasti sehingga kini nenek moyang kita tidak akan merasa nikmat Islam itu sendiri.
hanya aturan Pencipta yg layak untuk mahkluk-Nya
Hamzah,Umar
dan anggota masyarakat yang lain mulai tersedar dari tidurnya yang panjang.
Marilah kita menelusuri kisah Utbah bin Rabiah ketika dia menawarkan hadiah yang mengiurkan kepada Rasullullah seandainya baginda menghentikan dakwahnya.Lantas Rasullullah menjawab tawaran Utbah yang mengiurkan dengan membacakan surah Fushilat 1-5
Marilah kita menelusuri kisah Utbah bin Rabiah ketika dia menawarkan hadiah yang mengiurkan kepada Rasullullah seandainya baginda menghentikan dakwahnya.Lantas Rasullullah menjawab tawaran Utbah yang mengiurkan dengan membacakan surah Fushilat 1-5
Haa, Miim (Fussilat:1)
Turunnya Kitab ini dari
Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(Fussilat :2)
Sebuah Kitab yang
dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam
bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami
kandungannya.
(Fussilat:3)
Ia membawa berita yang
mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada
orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar
(tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak
menerima dan tidak mematuhinya.
(Fussilat:4)
Dan mereka berkata:
"Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada
memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami
penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu
ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk
agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan
kepercayaan kami)! "
(Fussilat:5)
(Fussilat:5)
Setelah
mendengar ayat itu,Utbah mengalami perubahan 180 darjah.Dia menyatakan,”Tidak
pernah aku mendengar satu perkataan yang demi Allah,tidak pernah kudengar yang
seperti itu sama sekali.Demi Allah itu bukanlah syair,bukan ucapan sihir.
Wahai
orang quraisy! Turutilah aku dan serahkanlah masalah ini padaku.Biarkanlah
orang ini(Muhammad) dengan urusannya dan hindarilah ia.Demi Allah,perkataannya
yang kudengar tadi benar-benar menjadi berita besar.Jika bangsa Arab
menerimanya, maka dengan kehadirannya, kalian tidak memerlukan lagi bangsa
lain. Jika ia dapat menguasai bangsa Arab,maka kekuasaannya akan menjadi
kekuasaan kalian pula dan kemuliaannya akan menjadi kemuliaan kalian. Jadilah kalian orang-orang yang paling
bahagia kerananya.
Bahkan
orang-orang quraisy yang paling memusuhi baginda pun akhirnya tertanya-tanya
pada diri mereka sendiri,”Benarkah bahawa dia(Muhammad) mengajak pada agama
yang lurus?”
Kemudian,mereka mulai sedar sedikit demi sedikit akan keperluan mereka yang hakiki. Mereka mulai sedar bertapa pentingnya dakwah Rasullullah. Mereka mulai faham terhadap penting dan nikmatnya hidup dibawah naungan sistem Islam.
Saat ini sebenarnya masyarakat sedang
menunngu Anda. Sebab Anda lah yang membawa kebenaran Islam. Anda lah orang yang
ikhlas yang berjuang semata-mata kerana Allah. Anda lah orang yang faham kemana
seharusnya masyarakat diarahkan.
please...save me!!!
Mereka sangat mendambakan huluran
tangan Anda untuk mengeluarkan mereka dari kubangan jahiliyah menuju cahaya
Islam yang terang. Mereka sangat merindukan kehadiran Anda untuk memerlukan
mereka dari sistem jahiliyah(komunisme,demokrasi & etc) untuk menuju sistem
yang dibangun berdasarkan kitabullah dan sunnah Rasull-Nya.
Anda lah orang yang dirindukan.
Anda lah orang yang dirindukan.
Sila berkokok