JESUS IDOLAKU

Pasti ramai umat Islam tercengang bace tjuk kat atas kan..n kadang2 ader segelintir dr kite yg trus menjustifikasi sesuatu tnpa membace nyer dulukan…blog sate ayam nie mesti nak sebarkan ader konspirasi di sbalik nama islam kan…kan…kan..biaselah perkara nie kan tgh hot kat Negara “islam” Malaysia nie kan…

rilek lu…cer bace smpai abes…

Di sini ana nak kongsikan satu pengalaman ana mase muda2 dulu(skung pun still mude lg)…

so,tersebut lah kisah di mane mase itu ana n rakan2 ana br je msuk sem 3….maka kitorg kena lah amek subject English…n aper y g lg best,sem nie more to speaking n soft skill(hmpeh tol…dah la bi ana kelam kabut)…

And then,lecturer ana (beragame kristian) mule tnye stiap sorang studentnyer(majority nyer muslim)….who is your idol??? 

maka berbagai-bagai lah jwpan yg dorg bg kat lecturer tu…
antara jwpn2 yg lecturer nie dpt:

  • Paul smith
  • Steve job
  • Justin bieber(of coz dak student pompuan)
  • Christina ronaldo
  • Jackie chan




    Byk lagi la sbnarnyer klu nak disenaraikan…cume ana x ingat je…n then nak dijadikan citer,lecturer tu plak bgtau her idol…My idol is Jesus…and then dier pown bgtau la sbab2nyer…


    n then br ana perasan dr tadi xder sorg pown di antare kitrorg dlm kls tu yg majoritinyer org ISLAM said that their idol is Muhammad s.a.w…emmm…then ana pown mule la muhasabah diri sndiri…

    • apakah tidak ckup bagi orang islam Rasullullah sbgai idola??
    • knapa kita lagi mengagungkan org lain especially artist more than Rasullullah??
    • malu ke kite nak mengaku yg Rasullullah itu idola kite??
    • hbat sgt ke idola-idola yg lain tu smpai Rasullullah itu diketepikan??
    • idola-idola tu yg boleh bg syafaat kat akhirat sane kelak?

    Bertubi-tubi soalan mule tmbul kat otak aku nie….berdenyut-denyut otak nie nak menjawabnyer…n then aku teringat beberapa ayat Al-quran…

    "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah Al-Ahzab 33 : 21).


    “Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam” ( Al Anbiyaa’ 21:107]


    “Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”[ Ash Shaff:9)


    “Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutus Rasul untuk menjadi penjaga mereka.” (QS An-Nisa 80).


    So orang kristian pun bleh yakin akan Jesus sbgai idola mereka…kenape kita as a muslim boleh malu2 nak mengaku bhawa Rasullullah itu sbgai idola kpda kita….walhal telah ader jaminan dari Pencipta kita sendiri iaitu Allah swt...


    Maka cube renungkan kembali…tidak cukupkah aper yg telah Rasullullah alami selama ini…dibaling batu dan najis,dihina,dikeji,diugut bunuh n etc hanya kerana ingin menyampaikan dakwah Islam kpda kita semua…adakah dgn hanya menyanyikan lagu ”baby” atau menari tarian k pop mahu pun berkung fu di dpn kamera telah menyebabkan kite melupakan segala jasa-jasa Rasullullah kepada kita…
    Maka saksikan lah nanti,apakah para idola kalian semua itu mampu menyelamatkan kalian di akhirat kelak….

    Jawapan sudah tentu TIDAK!!!


    hanya Rasullullah sahaja yg dpt memberi syafaat kepada kelak…maka marilah kita semua mengubah segala idola kita kepada Rasullullah saw dan menjadikan baginda sebagai ikutan dalam setiap kehidupan kita….Di sini juga ana mengambil kesempatan mengingatkan agar kita semua rajin berselawat kepada Rasullullah saw.

    “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai melebihi dari selain kedua-duanya” (Hadis).

    GASIM

    Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

    Terbuka mata

    Manusia Terjaga

    Patuk mematuk

    Credit

     
    ▲ Terbang ▲