Anda terbang ke: Home
»
Ekonomi
»Dapat RM 1000 dengan mudah!
Assalamualaikum WBT..
Di malam yang hening,ana ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai zakat.
Sebelum raya haji,parent ana telah meminta ana mendapatkan surat perakuan daripada universiti untuk mengambil zakat daripada zakat negeri,dapatla dalam RM 1000.00 untuk student degree dan RM 500.oo untuk pelajar foundation.Pada mulanya ana menolak untuk mengambil zakat tersebut atas alasan dah dapat scholar kenapa nak ambil zakat lagi.meskipon ana telah tahu bahawa zakat tu xboleh ambil sebab seorang pelajar tidak termasuk dalam asnaf dan ana telah bertanya kepada beberapa ustaz untuk penjelasan.berikut merupakan sedikit perbualan bersama ayah ana:
Abah : Boleh tolong ambilkan surat perakuan universiti x? nak apply zakat.Ayam percik : Apply zakat? Aik? bukan xboleh ambik ka?Abah : Boleh la..orang kat pusat zakat tu cakap pelajar boleh ambik..
Ana telah memberikan alasan berbagai semata2 untuk melambat2kan proses mengisi borang zakat.Bukan ana tidak memberitahu mereka,ana dah beritahu sebelum ini.mungkin mereka terlupa..Akhirnya,pada minggu lepas ana telah memberitahu bahawa zakat tu sebenarnya xboleh ambil.
Abah : Macam mana dengan surat tu? dah dapat?ayam percik : Belom..macam ni la abah,sebenarnya zakat tu memang xboleh ambik..Abah : Kenapa pulak? orang zakat tu kata boleh ambil,cuma kena isi borang..ayam percik : Nanti orang balik,orang ceritakan macam mana dan kenapa xboleh ambik..Abah : Hehe..
Diharap pembaca dapat doakan ana agar dapat balik ke rumah dan menceritakan hal yang sebenarnya supaya kejadian ini tidak berulang lagi...Berbalik kepada topik asal,disini ana ingin menceritakan kenapa seorang pelajar itu tidak termasuk dalam 8 asnaf.Kepada yang memiliki tafsir ibnu katsir,sila buka surah At Taubah,ayat 60.Di dalam ayat tersebut ada diberitahu tentang 8 asnaf dengan lebih detail.Kepada yang tidak memiliki tafsir tersebut,ana paste disini sedutan dari tafsir tersebut.
Dalam sedutan diatas,telah diberitahu siapa 8 asnaf tersebut dan seorang pelajar tidak termasuk dalam 8 asnaf.Ada yang mengatakan pelajar termasuk dalam fisabilillah akan tetapi bila dikaji semula melalui tafsir ibnu katsir,beliau tidak menyatakan yang pelajar itu fisabilillah.Jika apa yang ana kaji ini salah,diharap pembaca dapat menegur.Ini hanyalah kajian ana dan hanya mengambilnya dari Al Quran dan As Sunnah dan juga bertanya kepada ustaz2...
Sekadar peringatan supaya kita tidak mengambil hak orang lain.Berdosa besar kowt ambik hak orang lain.walaupon sebelum ni pernah tersilap langkah...
Waallahualam...
Assalamualaikum!
p/s : harap ada yang tegur kalau salah... :) Admin juga minta tolong checkkan kalau ada yang salah..hehe
Sila berkokok