Pada bulan Disember tahun 2004, National Intelligence Council (NIC), sebuah agensi di bawah rejim Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab kepada Presiden AS, telah menulis sebuah laporan yang berjudul “Mapping the Global Future” di mana mereka meramalkan empat senario geopolitik dunia menjelang tahun 2020. Salah satu senario yang dibincangkan adalah munculnya “A New Caliphate” (Khilafah Baru), sebuah pemerintahan Islam global yang mampu memberikan tentangan pada norma-norma dan nilai-nilai global Barat [http://www.dni.gov/nic/NIC_globaltrend2020_s3.html].
Pada 06/10/05, Ketua Teroris Dunia, George W. Bush, ketika berucap di hadapan hadirin sempena National Endowment of Democracy di perpustakaan presiden Ronald Reagan (The Ronald Reagan Presidential Library ) menyatakan, “The militants believe that controlling one country will rally the Muslim masses, enabling them to overthrow all moderate governments in the region, and establish a radical Islamic empire that spans from Spain to Indonesia.” ("'Puak militan percaya bahawa dengan mengawal sebuah Negara, mereka akan dapat menggerakkan kaum Muslimin secara besar-besaran, dan ini membolehkan mereka menumbangkan semua kerajaan yang bersifat moderat di rantau tersebut, seterusnya mendirikan sebuah empayar Islam yang radikal yang akan merangkumi Sepanyol hingga ke Indonesia”)
Untuk posting yang serba ringkas ini,ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada.
Berita2 diatas secara jelas menunjukkan ketakutan barat terhadap Islam.mereka menjangkakan pada tahun 2020 Islam akan menjadi kuasa besar yang menguasai dunia.Untuk pengetahuan semua,Rasulullah telah menceritakan kejadian seperti ini didalam hadis Rasulullah yang berbunyi:
Hadith shahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah..“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
(untuk penerangan lanjut tentang hadis ini,sila layari http://www.youtube.com/watch?v=jtiKorMw9zg
Sebagai orang Islam,adakah apa yang dikatakan oleh barat harus kita percaya ataupon kata2 Rasulullah?
Barat meramalkan pada tahun 2020 sebuah khilafah Islamiyyah akan tertegak dimuka bumi ini.Bagi seorang Islam bukan tahun 2020 sebuah khilafah Islamiyyah akan tertegak,insyaAllah dalam masa terdekat sebuah khilafah Islamiyyah akan tertegak!Sesungguhnya ada yang diantara kalian sedang berusaha untuk menyatukan seluruh umat Islam dibawah satu pemerintahan yang menerapkan Islam 100%.
Dengan usaha yang tidak seberapa ini ana harap kita dapat berusaha untuk membenarkan apa yang dikatakan Rasulullah sebagaimana Sultan Muhammad Al Fatih membenarkan kata2 Rasulullah tentang pembukaan kota Constantinople.Islam tidak memerlukan kita TETAPI kita yang memerlukan Islam!
Semoga kita semua tergolong dalam golongan seperti Sultan Muhammad Al Fatih.
Islam tetap akan tertegak walaupon tanpa usaha kita.sebab kata2 rasulullah adalah benar!
Persoalannya disini,ADAKAH KITA HANYA MAHU MELIHAT ISLAM ITU TERTEGAK?
Ana tinggalkan persoalan diatas untuk para pembaca berpikir sama ada para pembaca ingin menjadi seorang penonton atau seorang pemain.
Akhir kata,
“DALAM SEBUAH PERLAWANAN BOLA SEPAK,SEORANG PEMAIN AKAN MERASAI KENIKMATAN BERMAIN BOLA APABILA KELETIHAN TERSEBUT DIBALAS DENGAN KEMENANGAN DAN PIALA PERLAWANAN.AKAN TETAPI SEORANG PENONTON TIDAK MERASAI KENIKMATAN TERSEBUT SAMA DENGAN SEORANG PEMAIN.BAHKAN TIDAK BERHAK UNTUK MEMILIKI PIALA TERSEBUT.”
Wallahualam..
Assalamualaikum! :)
p/s : kepada admin,kalau salah tolong buat correction.maklumlah budak baru belajar..hehe
Sila berkokok