I LOVE YOU!!!!

Assalamualaikum!


حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ

بَيْنَمَا أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَارِجَانِ مِنْ الْمَسْجِدِ فَلَقِيَنَا رَجُلٌ عِنْدَ سُدَّةِ الْمَسْجِدِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا فَكَأَنَّ الرَّجُلَ اسْتَكَانَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَعْدَدْتُ لَهَا كَبِيرَ صِيَامٍ وَلَا صَلَاةٍ وَلَا صَدَقَةٍ وَلَكِنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Maksud:Telah menceritakan kepada kami [Ustman bin Abu Syaibah] telah menceritakan kepada kami [Jarir] dari [Manshur] dari [Salim bin Abul Ja'd] telah menceritakan kepada kami [Anas bin Malik] radliallahu 'anhu, ia mengatakan, ketika aku dan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar dari masjid, kami menemui seseorang di gerbang masjid dan ia bertanya; 'Ya Rasulullah, kapan hari kiamat tiba? ' Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab; "apa yang telah kau persiapkan?" Rupanya orang tadi berusaha menenangkan diri lantas mengatakan; 'Ya Rasulullah, saya tidak mempersiapkannya dengan banyak puasa, banyak shalat dan banyak sedekah, hanya aku cinta Allah dan rasul-NYA, ' maka Nabi bersabda; 'Engkau bersama orang yang kau cintai'. Buqori 6620

Mungkin ada yang antara pembaca pernah mendengar hadis ni.Berdasarkan hadis ni,Rasulullah menyatakan bahawa di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan orang yang kita cintai.


Mari kita berfikir sejenak hadis tersebut.kita akan dibangkitkan bersama dengan orang yang kita cintai…

Bayangkan dalam keadaan sekarang orang Islam sendiri terutama wanita banyak mencintai para artis2 terkemuka seperti pelakon korea,Elton john,Justea Bibir dan sebagainya.Ada yang sanggup menghabiskan wang semata2 membeli tiket “ceramah” mereka dan ada yang meredah hujan semata2 untuk menghadir “ceramah” mereka berbanding datang Perbincangan Ummah (siapa je yang tahu benda ni..haha)

Baby, baby, baby noo....



Selamat Petang Malaysia..(loghat korea)

Aik? Kalau ikut hadis ni,kita akan dibangkit bersama Justea Bibir !

WOW!


Bukankah ini yang kita semua nak? Best siot!

Eh,kejap2..Bukan Justea Bibir tu kapir ke? Maknanya kita akan dibangkitkan bersama orang kapir jugak la ek?

Ana xcakap macam tu tapi Rasulullah yang cakap.Ana cuma mengaitkan realiti sekarang dengan hadis tersebut.Itu pon kalau para pembaca mencintai Justea Bibir.


“Mana ada kami macam tu ayam percik! Kami cinta ja Allah dan rasulnya.. “

“Kalau betul kamu cinta Allah dan RasulNya,kenapa kamu tak lakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya? Itu yang kamu cakapkan cinta? Adakah itu yang dipanggil cinta kalau berkorban masa,harta dan nyawa pon xmahu?”


Kita renung kembali kedalam kehidupan kita,berapa kali kita ucap kita cinta pada Allah dan RasulNya? Pernah x? secara jujurnya,ana sendiri xingat pernah ucap ke tidak. Selepas disyarahkan hadis ini kepada ana sebegitu rupa,ana tersedar banyak benda yang kita tersilap dalam kehidupan ini dan atas kesilapan ana ini ana ingin mengajak para pembaca untuk memuhasabah diri kita.

Sejauh mana kita cintakan Allah dan Rasulnya? Bukti yang kita cintakan seseorang itu dengan kita melakukan apa yang orang kita cintai itu suka dan meninggalkan apa yang tidak disukai..

Kita sepatutnya melakukan macam tu jika kita mencintai Allah dan RasulNya,kita lakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.Bukan sekadar itu sahaja,kita harus melakukan lebih daripada itu,iaitu kita kembalikan kehidupan Islam kedalam hidup kita! Nescaya kita akan berada dibawah naunganNya dan insyaAllah kita akan dibangkitkan bersama dengan orang yang kita cintai!

Kesimpulannya,ayuh kita kembalikan kehidupan Islam seperti yang Allah dan Rasulnya hendak agar kita dibangkitkan bersama golongan yang mencintai Rasulullah! Amin…



P/S: Macam besa la boss ek,kalau salah sila tegur... :)

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲