Dah pagi!!!

Perasmian blog sate ayam...




Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Harapan kami dari Sate Ayam, semoga antum diberi kekuatan untuk terus menjalani kehidupan ini selaras dengan matlamat penciptaan kita iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Semoga dengan peringatan ini menjadi saksi di akhirat kelak bahawa terbina ukhwah antara kita.

Ini merupakan first entri kami. Tapi sebelum itu sedikit penerangan tentang kami. Mungkin ada di kalangan antum terkejut mengenai kemunculan Sate Ayam . Adekah blog ini untuk mempromosikan keenakkan sate di malaysia? Atau ia salah satu strategi pemasaran jualan sate kajang? Atau mungkin ianya adalah satu pertubuhan baru untuk memperjuangkan hak asasi ayam sedunia dalam menuntut keadilan? Maaf, anda SALAH ! Tujuan kami mewujudkan blog ini tiada kaitan sama sekali dengan apa-apa yang berkaitan ayam. Inikan pula menjual ayam dari maksud tesurat mahupun terirat. Tujuan kami hanyalah untuk jadikan blog ini sebagai medan dakwah. DAKWAH ?? SATE AYAM NAK BERDAKWAH??

Bagi meleraikan segala kekusutan yang melanda di fikiran antum, biar kami perkenalkan siapa kami. Kami sekumpulan sahabat yang terdiri daripada pemuda-pemudaa Islam dan menuntut di universiti yang sama. Segalanya bermula daripada secucuk sate ayam di sebuah restoran di Seksyen 7 Bangi. Di situ kami mula membina ukhuwah yang berteraskan akidah islamiyyah, seterusnya menjadikan dakwah agenda kami. Kami terpanggil untuk mencipta satu blog bagi menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan. Tetapi kenapa dakwah yang menjadi agenda?

Jom tengok balik firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 :

       "  dan hendaklah ada dari antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang yang beruntung "

Oleh itu semoga antum faham objektif Sate Ayam ini. Jujurnye, banyak antara kami yang merupakan beginner dalam penulisan blog. Jadi jangan terperanjat dan meradang bila ada blog kami ini boring dan lain2. Sebaik-baiknye dipersilakan sebarang cadangan dan nasihat untuk kami tingkatkan lagi mutu penulisan kami.

Wallahualam...






GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲