INI KALILAH TINGGALKAN DEMOKRASI, KHILAFAH JANJI DITEPATI


SURAT UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD


Umum mengetahui bahawa Pru 13 baru sahaja melabuhkan tirainya dan kita mengetahui bahwa Barisan Nasional terus berada di tampuk pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya,kita dapat melihat negara ini terus diterajui tanpa menerapkan hukum-hukum Islam lalu terus menerus menerapkan hukum kufur yang berasal dari akal manusia.

Saya tidak ingin menyuarakan terlampau panjang pendapat saya ini tetapi ternyata umat Islam sekarang perlu sedar bahawa ketika ini Malaysia sedang sistem demokrasi. Sebuah sistem yang rosak yang berasal daripada tamadun yunani lalu mula dipopularkan ketika zaman renaissance.

Ya,demokrasi. Sistem yang penuh rosak. Sebuah sistem yang menghancurkan umat Islam malah membuatkan umat Islam tidak mampu bangkit.

Demi berlaku adil,saya lebih mahu merungkai bagaimana demokrasi ini telah berjaya meracun kedua-dua belah pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Di pihak A,kita dapat melihat bagaimana tragedi kes tipu menipu,fitnah menfitnah,korupsi, sumpah sana sini dan sebagainya. Mereka merasakan merekalah pejuang agama Allah lalu memainkan kes kalimah Allah berulang-ulang. Mereka begitu semangat menjaja kelemahan musuh sehingga mereka lupa ketua mereka sendiri menolak hukum Allah..Antara kalimah dan hukum-Nya..
Ya,mereka tidak kisah selagi pemimpin mereka berada di tampuk pemerintahan.

Di pihak B pula,kita dapat melihat bagaimana mereka mula berkompromi dengan kebatilan. Dalam sibuk merebut kerusi,mereka lupa akan erti persaudaraan di dalam Islam. Saudara saudara kita yang datang dari bangladesh dihina dan dikutuk. Dituduh sebagai perosak negara Malaysia. Adakah syahadah umat Islam di bangladesh berbeza dengan umat islam di Malaysia? Dan tak lebih kurang hebatnya apabila antara parti Islam bergaduh sesama sendiri kerana dituduh sebagai pemecah undi. Bahkan ada juga yang bergaduh hanya kerana tidak mahu turut terlibat dalam sistem yang rosak ini. Dituduh sebagai buta politik, melambatkan kemenangan Islam dan sebagainya.

SEMUANYA KERANA DEMOKRASI!!!



Sudah cukup segala permainan ini..Wahai umat Muhammad,bersatulah kita..
Sungguh demokrasi telah merosakkan kita.
Sungguh demokrasi amat membuatkan kita hina.
Di dalam Malaysia, menukar pemimpin adalah 5 tahun sekali.Siapa yang ajar?
Ini semua Lord Reid yang ajar..Andai kata dia suruh kita buat 10 ntahun sekali,maka akan berlaku pilihan raya 10 tahun sekali.
Sungguh hina taktik ini.
Sungguh hukum Allah itu tidak perlu menunggu 5 tahun sekali untuk diterapkan.
Selagi ia tidak diterapkan,maka seluruh umat Islam akan  berdosa..
Mampukah kalian menahan dosa tidak terterapnya hukum Allah selama 5 tahun yang akan datang.
Sungguh saya tidak sanggup dan saya tidak mampu.

Wahai umat Muhammad,kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dalam umat manusia.
Percayalah janji Allah ini.
Sudah tiba masanya kita bersatu berjuang menegakkan daulah Islam yang sebenar..
Daulah yang tidak membezakan yang mana sama ada anda dari Malaysia,Indonesia,Bangladesh,Mesir.Rohingya dan sebagainya.
Daulah yang menyatukan kita semua.
Daulah yang menerapkan hukum Islam secara kaffah tanpa perlu persetujuan manusia.
Daulah yang menyebarkan Islam sebagai rahmat.
Itulah sebuah daulah bernama KHILAFAH..

...dan akan kembalinya khilafah mengikut manhaj kenabian (HR ahmad)


INI KALILAH TINGGALKAN DEMOKRASI, KHILAFAH JANJI DITEPATI
► Faham lebih...

Pemikiran Rosak vs Pemikiran Jernih


PEMIKIRAN ROSAK VS PEMIKIRAN JERNIH


jom scan otak masing-masing

Ketika kaum Muslim mengalami kemerosotan yan amat dalam ruhiyah,material,pemikiran dan politik, maka pemikiran mereka menjadi sejalan dengan kenyataan-kenyataan buruk yang menimpa mereka.Akibatnya di tengah-tengah orang yang memiliki komitmen kepada Islam,akan muncul pemikiran yang tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenarnya dan pandangan Islam tentang kehidupan.

Pihak kafir imperialis yang menguasai urusan kaum muslim dan mampu membolak-baliknya sekehendak hati telah berhasil menanamkan pemahaman dan tolok ukur mereka dalam kalangan kaum Muslim.
Mereka(penjajah Barat) berhasil menanamkan pemikiran dengan berbagai-bagai cita rasa yang terasa enak apabila di mulut-mulut musuh kaum Muslim dan terasa manis didengar. Penyebabnya bukan kerana Islam tetapi kepada para penganutnya yang telah hilannya pemahaman yang benar di dalam diri mereka.



pemikiran kita telah dijajah

Orang-orang kafir telah menyerang Islam dengan mengatakan bahawa Islam tidak mampu menyesuaikan di dalam zaman moden ini dan Islam tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah kontemporeri yang muncul. Reaksi kaum Muslim terhadap lontaran ini ialah dengan menciptakan solusi-solusi Islami dari berbagai-bagai perkara yang dilontarkan sistem kapitalis. Kerena asas yang mendirikan kapitalis berbeza dengan asas yang mendirikan Islam. Namun kerana ingin memenangkan Islam, maka para pemikir Islam mula berkompromi antara dua perkara ini yang mana telah jelas berlawanan(Islam dan kapitalis).



hak+batil=batil


Padahal,jika kita mengambil(pemahaman dan tolak ukur hasil dari kompromi itu) bereti sama sahaja kita meninggalkan Islam dan mengikuti sistem kapitalis. Dari sinilah kita mendengar berbagai-bagai perbincangan yang melampaui batas-batas syariat Islam baik disertai dengan niat sengaja atau pun tidak, lalu ada yang menyatakan tidak masuk akal kita yang hidup di zaman moden ini masih perlu berpegang dengan pola fikir yang sama dengan pola fikir zaman kenabian(Rasulullah).

Menurut mereka, Islam harus diberikan pakaian moden,disuntikkan kepada mereka pemikiran-pemikiran kotemporari sehingga Islam mampu menyatukan kembali jiwa-jiwa. Bertolak dari sinilah,muncullah pemikiran-pemikiran kotemporari yang melayani tujuan ini.

Antaranya ialah:
1) Agama Islam itu anjal dan mengikuti perkembangan
2)Ambil dan tuntutlah hak anda
3)Menerima apa pun yang sesuai dengan syarak atau apa pun yang tidak bertentangan dengan syarak
4)Pelaksanaan yang lebih ringan bahayanya dan yang lebih sedikit keburukannya
5)Apa yang tidak boleh dilaksanakan seluruhnya maka jangan ditinggalkan semuanya
6)Bertahap dalam menerapkan Islam
7)Demokrasi adalah bahagian dari Islam
8)Tidak diingkari perubahan hukum dengan berubahnya waktu dan tempat
9)Dimana ada kemaslahatan,di situ ada hukum Allah

Sesungguhnya perkataan-perkataan sebegini dilontarkan oleh mereka yang berniat buruk dan mempunyai agenda tersembunyi.Perkataan-perkataan tersebut juga dilontarkan oleh orang yang berniat baik tetapi mereka mengira bahawa pemikiran tersebut merupakan ubat yang mujarab kaum muslim.


bukan semua cahaya dan kilauan itu indah

Tabiat Islam telah menentukan method pengambilannya. Dan agama Islam diturunkan Allah untuk menyelesaikan masalah-masalah kehidupan. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh kaum muslim kecuali berijtihad,menggali nas-nas syarak yang diturunkan.

dimana bumi dipijak,di situ islam dijunjung

Kaedah berfikir seorang kaum muslim yang mengwajibkan kehidupannya terikat dengan dalil-dalil syarak.Dari sinilah bermula asas kebangkitan yang sebenar secara sempurna.Tidak ada salahnya , menyebutkan kaedah-kaedah dan pemikiran-pemikiran yang terikat dengan dalil-dalil syarak yang wajib menguasai benak kaum muslim untuk mengatur cara pandang mereka berbuat sesuai dengan syariat. 

Contohnya:
1)Dimana ada hukum syarak,di situ ada kemaslahatan dan bukan sebaliknya
2)Asal sesuatu perbuatan terikat dengan hukum syarak
3)Asal sesuatu benda adalah mubah selama mana tidak ada dalil yang mengharamkannya
4)Kebaikan(hasan) adalah apa-apa yang dikatakan baik oleh syarak dan keburukan adalah apa-apa yang dikatakan buruk oleh syarak
5)Tidak ada hukum sebelum datang syariat
6)Barang siapa yang berpaling dari hukum Allah, maka baginya kehidupan yang sempit
7)Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang satu dan berbeza dengan umat-umat yang lain
8)Sesungguhnya Islam tidak mengakui nasionalisma,kebangsaan,sosialisma dan demokrasi.



your choice:hidup adalah pilihan

► Faham lebih...

AKU DAN 18SX



AKU DAN 18SX




si A: Epy besday to you…epy besday to you..epy besday to you….
selamat hari jadi yang ke 18…tahniah awak dah besar skrg…lepas nie senang la nak pergi tengok wayang…dah tak perlu kena tahan dengan brother jaga tiket tu dah…kalau kena tahan,ko tunjuk je IC ko…cakap ko dah umur 18 tahun…konpem dier kasi masuk nanti…


yang dah masuk 18 je yang bleh tgk k..
pergh,gebunyer peha pelakon minah saleh nie...

si B:  tu la pasal…kalau dulu asal nak tengok citer 18 sx je mesti kena tahan…sekarang nie tak perlu dah…aku dengan bangga boleh katakana yang aku nie dah cukup umur untuk tengok citer-citer macam nie…dapat tengok citer macam nie baru best…ader terdedah sana sini,cium-cium,pakai ketat-ketat,aksi yang menghairahkan,peha gebu putih melepak…baru layan…kalau layan citer melayu mane ader class…ader tapis-tapis…

opssss….jap..jap…ader yang tak kena dengan perbualan mereka nie..


Adakah ini sesuai dikatakan oleh seorang muslim?
Adakah ini yang wajar dikatakan oleh umat nabi Muhammad?
Benarkah kalau dah cukup 18 tahun dan ke atas,kita dibenarkan melihat aksi 18SX…

 


Sebenarnya inilah yang berlaku apabila kita tidak diatur dengan sistem islam.Agama dan kehidupan telah dipisahkan.Umat kini menganggap Islam itu hanya untuk di masjid-masjid sahaja.Keluar daripada masjid,jangan ambil Islam…Sungguh tanggapan ini merupakan satu serangan pemikiran yang telah dilakukan oleh Barat dalam menghancurkan Islam.Sedangkan Islam lah yang selayaknya kita ambil.Islam bersifat syumul dan merupakan ad-deen. Tiada satu pun permasalahan kehidupan melainkan Islam mengajarkan solusinya.

Berbalik kepada perbualan si polan A dan si polan B tadi. Islam juga sebenarnya telah menyelesaikan masalah mereka.

1) Sesungguhnya Allah swt telah menjawabnya di dalam lembaran suci Al-Quran iaitu:
 

Allah SWT mencegah pandangan liar di kalangan Mukminin, baik lelaki maupun wanita. Dalam surah an-Nuur ayat 30, Allah SWT berfirman,  "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'."

Pada ayat 31 surah yang sama, Allah SWT pun memerintahkan hal yang sama kepada kaum wanita, yakni menahan pandangan dan menjaga kemaluannya.



2)Bahkan, Rasulullah SAW pun mencegah sahabat secara langsung begitu tak mampu menundukkan pandangan. Alkisah, salah seorang sahabat bernama  Al Fadhl bin Abbas sedang berdiri di samping Rasulullah SAW saat berhaji. Lalu datanglah seorang wanita ke arah Nabi Muhammad SAW untuk bertanya tentang suatu hal.


Al Fadhl melempar pandang kepada wanita tersebut, dan wanita itu pun melihat kepadanya. Saat Rasulullah SAW mengetahuinya, maka beliau  memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain agar terhindar dari dosa. (Hadis Muttafaq Alaihi, Bulughul Maram hadis 732).

3)Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

 


4) Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah Imam Syafie.Imam Syafie TERPANDANG DENGAN TIDAK SENGAJA kepada aurat seorang wanita yang terkoyak sedikit kainnya.Ada sebahagian ulama menyatakan ianya hanya sebesar jari keliking sahaja.Lalu Imam Syafie mula gundah gulana kerana susah menghafaz dan menerima ilmu.Beliau menceritakan hal ini kepada gurunya akan masalah yang dihadapi.
 Lihatlah bertapa sucinya dan bersungguhnya Imam Syafie dalam menjaga hatinya agar ada tompok-tompok dosa akan melekat di hatinya.
Bagaimana pula dengan kita? Yang pada masa kini bukan hanya sebesar jari kelingking yang kita lihat,malah yang tidak menutup auratnya lain,yang pakai baju tak cukup kainnya lain dan sebagainya.bukan tidak dengaja,kadang-kadang memang SENGAJA pun melihatnya 

Adakah kita ingin menentukan halal dan haram kita mengikut garis panduan pihak wayang atau pun mahu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.


 
Sesungguhnya sebagai seorang muslim,yang hanya layak menjadi tolak ukur perbuatan mereka adalah dengan syariat Islam.Marilah kita bersama-sama mengubah pemikiran kita kepada pemikiran berlandaskan Islam.
Ingatlah setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak…
Sila share kepada rakan-rakan anda.


► Faham lebih...

KHAIRU UMMAH - UMMAT YANG TERBAIK


Assalamualaikum W.B.T.. 

Apa khabar saudara-saudari sekalian? Semoga sihat dibawah naungan-Nya. Jom kita lihat satu trailer yang mana ayat yang disampaikan akan menjadi topik perbincangan pada posting kali ini.




Sebentar tadi kita telah melihat satu trailer yang memaparkan satu ayat Allah dari surah Al Baqarah ayat 110. Pada posting kali ini kami ingin berkongsi sedikit ilmu dengan saudara-saudari sekalian. Dalam ayat 110 surah Al Baqarah ada menyebut “kamu adalah ummat yang terbaik(ummat Islam) dilahirkan untuk manusia”. Apakah yang disebutkan dengan “khairu ummah” iaitu ummat terbaik. Ummat terbaik sudah pasti ummat yang nombor satu didunia! Ummat yang terunggul! Ummat yang terhebat! Ummat yang memimpin dunia! Ummat yang menjadi teladan bagi semua kaum! 

Persoalannya, adakah ummat Islam sekarang menjadi ummat terbaik di dunia? Lihatlah nasib saudara kita di myanmar, mereka tertindas, diseksa malahan dibunuh. 


Kita lihat pula saudara kita di syria sedang bergolak sekarang. Mereka dibunuh. Antara orang yang dibunuh ialah bayi2, kanak2. Yang wanita pula dirogol. 


Apa yang berlaku sekarang itu sesuai dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, 

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Memang benar apa yang diucapkan oleh kekasih Allah itu. Ummat Islam itu sedang dihurung oleh orang yang kelaparan. Mereka diratah seperti orang yang baru keluar dari hutan. Mengapa umat Islam menjadi seperti itu, sedangkan dalam ayat yang tadi, Allah mengatakan ummat Islam itu umat yang terbaik? Yang mana salah? Al Quran atau ummatnya? 
.
.
.
.
.
.
.

Yang salah ialah penulis sebab ada sambungan dari ayat tersebut iaitu ummat Islam menjadi ummat yang terbaik kerana melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta beriman kepada Allah. 

Persoalan timbul,
"Ye ke kita tidak melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar? Banyak je ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, di surau-surau. Kan itupun amar ma’ruf nahi mungkar? 

Ya, benar. Ummat Islam itu tidak pernah meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar! Kalau begitu, berbalik kepada soalan tadi, yang salah Al Quran atau ummat Islam? 
.
.
.
.
.
.
.

Yang salahnya penulis. Sebab ada yang tidak adil dari amar ma’ruf nahi mungkar yang dilakukan oleh penulis! Apa yang tidak adilnya? Para daie masih pilih kasih dalam memilih ayat al Quran yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Saya bawakan contoh yang mudah, pada bulan ramadhan, saat dimana dakwah bermaharajalela dimana-mana saja. Ada satu ayat yang sering dikupaskan iaitu ayat 183, surah al baqarah,

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.”

Adakah ada diantara para daie yang pada bulan ramadhan mengkupas ayat kewajipan yang sama seperti ayat diatas, cuma ayat tersebut 5 ayat kebelakang dari ayat tadi? Ayat tersebut dari Al Quran yang sama, surah yang sama, kelompok yang ditujukan juga sama iaitu orang yang beriman, hukum perintah yang juga sama, iaitu wajib, yang berbeza hanyalah sambungannya. Ada yang hafal ayat tersebut? Ayat tersebut tidak lain dan tidak bukan ayat 178 yang berbunyi,

 “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh...”

Kenapa ayat ini jarang dikupas? Apa salah ayat ini? Atau hukum yang terkandung dalam ayat ini sudah tidak wajib lagi? Kalau ayat ini sudah tidak wajib, kenapa ayat puasa masih wajib? Apa yang membezakannya? Jika perintah puasa berakhir dengan ketakwaan, dalam ayat qisas juga berakhir dengan perkara yang sama. Perhatikan sambungan ayat tersebut, iaitu ayat 179 surah al Baqaroh, 

“Dan didalam hukuman Qisaas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

Adakah kita dibenarkan bersikap begini? Bolehkah kita mendakwahkan ayat kewajipan puasa, pada masa yang sama kita menyembunyikan ayat yang lain? Bolehkah kita mengamalkan ayat yang satu kemudian meninggalkan ayat yang lainnya?

Sikap seperti inilah yang dibenci oleh Allah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 159 yang berbunyi, 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman, 

“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Al Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Dari kedua ayat tadi sudah terjawab kenapa ummat Islam menjadi ummat yang mundur. Tidak lain hanyalah kerana umat Islam masih lagi bersikap setengah-setengah dengan Al Quran. Kalau didunia dah terhina sebegitu rupa, bagaimana dengan akhirat? “Mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, begitulah yang disebutkan dalam Al Quran. Oleh demikian, kita tidak boleh bersikap setengah-setengah dalam mendakwahkan dan juga dalam mengamalkan Al Quran. 

Timbul persoalan, bagaimanakah caranya agar kita tidak bersikap setengah-setengah dalam mengamalkan Al Quran? Jawabnya ialah dakwah Islam tidak boleh lagi bersifat setengah-setengah. Apa yang diperintahkan oleh Al Quran serukanlah agar diamalkan, apapun yang dilarang Al Quran serukanlah agar ditinggalkan. Tidak boleh lagi dibezakan, mana ayat ibadah, mana ayat politik, ekonomi, akhlaq dan sebagainya. Semuanya merupakan ayat-ayat Al quran yang wajib didakwahkan dan diamalkan. 

Jika ummat Islam mahu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara kaffah, sehingga Al Quran dan As Sunnah dapat diamalkan secara kaffah, maka janji Allah bukan mainan. Perhatikan surah An Nur ayat 55: 

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka berkuasa kuasa  di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”

Janji Allah dalam ayat yang lain iaitu surah al A’raf ayat 96:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

Allah Maha Benar! Allah tidak sesekali memungkiri janji-Nya! Wahai ummat Islam sekalian, sudah tiba masanya untuk bangkit dengan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara kaffah, sehingga syariat Islam dapat diamalkan secara kaffah juga. InsyaAllah, Allah sentiasa menolong hambanya dan memberikan kemenangan kepada sesiapa yang mahu memperjuangkan agama-Nya. Takbir! Wallahualam.......

► Faham lebih...

JOM BERDAKWAH SIRI 5:KE MANA UMAT HARUS DIARAHKAN?





JOM BERDAKWAH SIRI 5:KE MANA UMAT HARUS DIARAHKAN?



 Masyarakat sudah lelah menjadi bahan eksperimen.Mereka menginginkan kehidupan yang bahagia. Berbagai sistem yang telah diuji dan diterapkan dalam kehidupan mereka namun semuanya telah menimbulkan kekacauan dan kegagalan. Kapitalisme,sosialisme,sekularisme,demokrasi dan berbagai idea ciptaan manusia telah membawa banyak malapetaka dalam hidup mereka baik di barat mahupun di timur.


Oleh kerana itu,masyarakat benar-benar menantikan sistem kehidupan yang menjamin terciptanya kebahagiaan yang sejati.Dan sudah pasti sistem itu bukanlah sistem buatan manusia tetapi sistem yang dibuat oleh Dzat Yang Maha Tahu dan Maha Kasih.




Kenapa masyarakat perlu diarahkan untuk hidup di bawah sistem yang dibuat oleh Allah?Sebab  hanya Allah Yang Maha Tahu selok belok dan karakter serta fitrah manusia ini. Hanya Allah  yang mengetahui masyarakat dan masalah-masalah di dalamnya. Sebab hanya llah yang menciptakan manusia,masyarakat dan seluruh alam semesta ini. Sedangkan manusia hanyalah makhluk yang kecil,lemah dan tidak tahu.

Jika sistem aturan buatan manusia,tentu nanti akan banyak masalah yang timbul.Seringkali sesuatu dianggap baik padahal kenyataannya adalah sangat buruk dan sangat membahayakan.Sesuatu mungkin dianggap buruk padahal ianya sangat baik.

Jangankan tentang hal-hal masyarakat,tentang hal-hal yang sederhana pun sudah tidak mampu manusia ketahui secara jelas.Contohnya manusia tidak mengetahui berapa jumlah helai rambut berada di kepalanya,berapa banyak jumlah sel darah merahnya,jumlah degup jantungnya,berapa banyak titisan hujan yang telah turun di tempatnya.Manusia tidak dapat memberikan jawapan secara pasti.Yang hanya mampu mereka lakukan hanyalah meneka.

Oleh itu,masakan kita ini ingin membiarkan manusia yang serba kerdil ini untuk mencipta sistem mereka sendiri. Apa akan jadinya sekiranya jika sistem dan aturan dibuat oleh manusia yang serba terbatas ini?Pasti akan menimbulkan kekacauan bukan…

xkan la nak aku yang atur kowt..


Jika sistem kehidupan ini tidak layak dibuat oleh manusia,maka siapakah yang paling layak dalam membuatnya. Kucing,arnab,jin or pokok?
Sudah tentu bukan mereka.Kerana mereka juga makhluk yang terbatas.

Sudah selayaknya semua persoalan baik politik,pemerintahan,social,ekonomi,hokum,pendidikan dan lainnya diserahkan pengaturannya kepada pengaturan pencipta kita iaitu Allah.

Dan pengaturan Allah dalam segala aspek kehidupan boleh terlaksana dengan baik,jika memang ada institusi yang sejak awal diperuntukkan untuk itu.Apakah institusi itu?

Institusi itu tidak lain tidak bukan ialah sistem khilafah atau sering disebut sebagai Daulah Khilafah Islamiyah.

 

Itulah sistem yang membawa  berkah dan kebahagiaan umat manusia,baik  muslim atau non muslim.Dengan sistem ini,hukum-hukum Allah tidak akan dijadikan sebagi pilihan/undian majority.
Dengan sistem ini,masyarakat tidak akan dijadikan bahan eksperimen lagi.Sebab Allah Maha Tahu.



 Inilah sistem yang dinanti-nantikan oleh masyarakat, meskipun banyak anggota masyarakat yang masih menolaknya. Dibawah sistem inilah kebahagiaan sejati insyaAllah akan terwujud.Amin.

Lihatlah apabila manusia sendiri ingin mengatur kehidupan menggunakan logik akal:











► Faham lebih...

AKU BELAJAR KERANA APA?





KENAPA AKU BELAJAR?

alamak...esok test


 owh yeah…musim test makin lama kian terasa.
maka ramai lah student-student yang akan menjadi batman di malam hari.
tak sah kalau kat sebelah tu  takder secawan Nescafe tahap paling strong…


 Maka akan bermula perjuangan mereka nie sambil bersekang mata sampai esok pagi. Buku yang selama nie dibiar berhabuk mula dibuka.Kalau boleh nak khatamkan hari tu juga.



Walaupun malam kian semakin gelap,tetapi semangat student-student tidak pernah luntur. Di sini kita dapat melihat ukhwah masing-masing. Semua mula bersatu padu untuk menghabiskan subjek tersebut.
Semangat,kerajinan dan daya usaha masing-masing memang tak dpt disangkal lagi.
Cuma kadang-kadang diri ini tertanya-tanya…
Sebab apa aku belajar?
  1. nak dapat 4 flat ke?
  2. nak dapat markah yang tinggi 
  3. nak ngorat sorang awek nie…awek nie suka yg pandai2 je
  4. nak mendapat keredhaan Allah



maka cuba kita sebagai seorang muslim buka balik  buku panduan kita tak lain tak bukan Al-Quran.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )


solat je...xyah study2..semua tu duniawi

So kalau lah kita ini diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah,mengapa kita perlu study…kenapa nak kena belajar fizik,kimia, biologi n sebagainya…kan buat pening kepala je..
kita sepatutnya perlu buat ibadah la…solat,puasa,menderma,bersugi n sebagainya…tak perlu belajar..duniawi je semua nie..


Sebenarnya inilah pemikiran yang dangkal yang perlu kita tolak sama sekali…sebenarnya skop ibadah itu amatlah luas. Jangan hanya menyempitkan dalam sudut kerohanian sahaja.

Apa sahaja perbuatan boleh dijadikan sebagai ibadah selagi ia memenuhi 2 syarat nie”
niat kerana Allah taala
mematuhi/mengikut hokum syarak

Oleh itu menuntut ilmu fizik,sains dan teknologi juga boleh dijadikan sebagai ibadah.
Tetapi HATI-HATI.
Betul ke kita study tu kerana Allah atau sekadar ingin mendapat markah yang tinggi dalam test.
Tepuk dada,Tanya selera…


Rasulullah pernah bersabda:

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
Bahkan sesungguhnya amal yang dilakukan selain kerana Allah, tiada nilainya di sisi Allah.
Maka marilah kita mengubah diri kita yang kadang-kadang meletakkan sesuatu manfaat melebihi daripada Pencipta kita.Walluhalam.



► Faham lebih...

MAKNA JIHAD MENURUT ISLAM



MAKNA JIHAD MENURUT ISLAM
  
Banyak orang menafsirkan makna jihad fi sabilillah dengan berbagai tafsiran. Justeru, mana makna jihad yang benar menurut kaca mata syariat Islam?

Untuk meluruskan persepsi keliru tentang makna jihad, kami bawakan beberapa hujah untuk menjelaskannya.

Jihad berasal dari perkataan jâhada, yujâhidu, jihâd. Ertinya ialah saling mencurahkan usaha. Lebih jauh lagi Imam an-Naisaburi dalam kitab tafsirnya menjelaskan makna jihad –menurut bahasa, iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk memperoleh maksud tertentu.

Al-Quran menggunakan makna jihad diatas dalam beberapa ayatnya, seperti ayat berikut:

]وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا[
Jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dalam hal yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. (TQS. Luqman [31]: 15)

Makna jihad menurut bahasa (lughawi) adalah kemampuan yang dicurahkan semaksimal mungkin; kadang-kadang berupa aktiviti fizikal, baik menggunakan senjata atau tidak; kadang-kadang dengan menggunakan harta benda dan perkataan-perkataan; kadang-kadang berupa dorongan untuk mengerahkan seluruh tenaga untuk meraih target tertentu; dan sejenisnya. Makna jihad secara bahasa ini bersifat umum, iaitu kerja keras.

Al-Quran telah mengarahkan makna jihad pada arti yang lebih spesifik, iaitu: Mencurahkan segenap tenaga untuk berperang di jalan Allah, dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat, memperbanyak peralatan, dan lain-lain.

Pengertian seperti ini tampak dalam perkataan  jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyah. Maknanya berbeza dengan perkataan jihad yang terdapat dalam ayat-ayat Makkiyah. Jihad mengandungi makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang tampak dalam al-Quran surat al-Ankabut [29]: ayat 6 dan 8 serta surat Luqman [31]: ayat 15.

Lebih kurang dari 26 perkataan jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyah. Semuanya mengindikasikan bahwa jihad disini mengandungi muatan makna perang menentang orang-orang kafir dan keutamaan orang yang pergi berperang dibandingkan dengan orang yang berdiam diri saja. Pengertian seperti ini diwakili oleh firman Allah Swt:

]انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ[
Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui. (TQS. at-Taubah [9]: 41)

Jihad dengan makna mengerahkan seluruh kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga digunakan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad bererti peperangan kaum Muslim melawan orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadi kalimat yang paling tinggi. Para ulama mazhab Syafi’i juga berpendapat bahwa jihad bererti perang di jalan Allah.

Sekalipun perkataan jihad menurut bahasa memiliki makna mencurahkan seluruh tenaga, kerja keras, dan sejenisnya, tetapi syariat Islam lebih kerap menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tertentu, iaitu berperang di jalan Allah. Maknanya, penggunaan perkataan jihad dalam pengertian berperang di jalan Allah lebih tepat digunakan daripada pengertian bahasa. Hal ini sesuai dengan kaedah yang sering digunakan para ahli ushul fiqih:

Makna syariat lebih utama dibandingkan dengan makna bahasa maupun makna istilah (urf).
         
Dengan demikian, makna jihad yang lebih tepat diambil oleh kaum Muslim adalah berperang di jalan Allah melawan orang-orang kafir dalam rangka meninggikan kalimat Allah.

Pengaburan makna jihad dalam pengertian syariat ini, dengan cara mengalihkannya ke pengertian yang lebih umum, seperti jihad pembangunan, menuntut ilmu, mencari nafkah, berfikir mencari penyelesaian, dan sejenisnya yang dianggap sebagai aktivitas jihad- merupakan upaya untuk menghilangkan makna jihad dalam pengertian al-qitâl, al-harb, atau al-ghazwu, iaitu berperang (di jalan Allah).

Wallahualam...



► Faham lebih...

/

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲