AKU DAN 18SX



AKU DAN 18SX




si A: Epy besday to you…epy besday to you..epy besday to you….
selamat hari jadi yang ke 18…tahniah awak dah besar skrg…lepas nie senang la nak pergi tengok wayang…dah tak perlu kena tahan dengan brother jaga tiket tu dah…kalau kena tahan,ko tunjuk je IC ko…cakap ko dah umur 18 tahun…konpem dier kasi masuk nanti…


yang dah masuk 18 je yang bleh tgk k..
pergh,gebunyer peha pelakon minah saleh nie...

si B:  tu la pasal…kalau dulu asal nak tengok citer 18 sx je mesti kena tahan…sekarang nie tak perlu dah…aku dengan bangga boleh katakana yang aku nie dah cukup umur untuk tengok citer-citer macam nie…dapat tengok citer macam nie baru best…ader terdedah sana sini,cium-cium,pakai ketat-ketat,aksi yang menghairahkan,peha gebu putih melepak…baru layan…kalau layan citer melayu mane ader class…ader tapis-tapis…

opssss….jap..jap…ader yang tak kena dengan perbualan mereka nie..


Adakah ini sesuai dikatakan oleh seorang muslim?
Adakah ini yang wajar dikatakan oleh umat nabi Muhammad?
Benarkah kalau dah cukup 18 tahun dan ke atas,kita dibenarkan melihat aksi 18SX…

 


Sebenarnya inilah yang berlaku apabila kita tidak diatur dengan sistem islam.Agama dan kehidupan telah dipisahkan.Umat kini menganggap Islam itu hanya untuk di masjid-masjid sahaja.Keluar daripada masjid,jangan ambil Islam…Sungguh tanggapan ini merupakan satu serangan pemikiran yang telah dilakukan oleh Barat dalam menghancurkan Islam.Sedangkan Islam lah yang selayaknya kita ambil.Islam bersifat syumul dan merupakan ad-deen. Tiada satu pun permasalahan kehidupan melainkan Islam mengajarkan solusinya.

Berbalik kepada perbualan si polan A dan si polan B tadi. Islam juga sebenarnya telah menyelesaikan masalah mereka.

1) Sesungguhnya Allah swt telah menjawabnya di dalam lembaran suci Al-Quran iaitu:
 

Allah SWT mencegah pandangan liar di kalangan Mukminin, baik lelaki maupun wanita. Dalam surah an-Nuur ayat 30, Allah SWT berfirman,  "Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat'."

Pada ayat 31 surah yang sama, Allah SWT pun memerintahkan hal yang sama kepada kaum wanita, yakni menahan pandangan dan menjaga kemaluannya.



2)Bahkan, Rasulullah SAW pun mencegah sahabat secara langsung begitu tak mampu menundukkan pandangan. Alkisah, salah seorang sahabat bernama  Al Fadhl bin Abbas sedang berdiri di samping Rasulullah SAW saat berhaji. Lalu datanglah seorang wanita ke arah Nabi Muhammad SAW untuk bertanya tentang suatu hal.


Al Fadhl melempar pandang kepada wanita tersebut, dan wanita itu pun melihat kepadanya. Saat Rasulullah SAW mengetahuinya, maka beliau  memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain agar terhindar dari dosa. (Hadis Muttafaq Alaihi, Bulughul Maram hadis 732).

3)Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”

 


4) Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah Imam Syafie.Imam Syafie TERPANDANG DENGAN TIDAK SENGAJA kepada aurat seorang wanita yang terkoyak sedikit kainnya.Ada sebahagian ulama menyatakan ianya hanya sebesar jari keliking sahaja.Lalu Imam Syafie mula gundah gulana kerana susah menghafaz dan menerima ilmu.Beliau menceritakan hal ini kepada gurunya akan masalah yang dihadapi.
 Lihatlah bertapa sucinya dan bersungguhnya Imam Syafie dalam menjaga hatinya agar ada tompok-tompok dosa akan melekat di hatinya.
Bagaimana pula dengan kita? Yang pada masa kini bukan hanya sebesar jari kelingking yang kita lihat,malah yang tidak menutup auratnya lain,yang pakai baju tak cukup kainnya lain dan sebagainya.bukan tidak dengaja,kadang-kadang memang SENGAJA pun melihatnya 

Adakah kita ingin menentukan halal dan haram kita mengikut garis panduan pihak wayang atau pun mahu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.


 
Sesungguhnya sebagai seorang muslim,yang hanya layak menjadi tolak ukur perbuatan mereka adalah dengan syariat Islam.Marilah kita bersama-sama mengubah pemikiran kita kepada pemikiran berlandaskan Islam.
Ingatlah setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak…
Sila share kepada rakan-rakan anda.


► Faham lebih...

KHAIRU UMMAH - UMMAT YANG TERBAIK


Assalamualaikum W.B.T.. 

Apa khabar saudara-saudari sekalian? Semoga sihat dibawah naungan-Nya. Jom kita lihat satu trailer yang mana ayat yang disampaikan akan menjadi topik perbincangan pada posting kali ini.




Sebentar tadi kita telah melihat satu trailer yang memaparkan satu ayat Allah dari surah Al Baqarah ayat 110. Pada posting kali ini kami ingin berkongsi sedikit ilmu dengan saudara-saudari sekalian. Dalam ayat 110 surah Al Baqarah ada menyebut “kamu adalah ummat yang terbaik(ummat Islam) dilahirkan untuk manusia”. Apakah yang disebutkan dengan “khairu ummah” iaitu ummat terbaik. Ummat terbaik sudah pasti ummat yang nombor satu didunia! Ummat yang terunggul! Ummat yang terhebat! Ummat yang memimpin dunia! Ummat yang menjadi teladan bagi semua kaum! 

Persoalannya, adakah ummat Islam sekarang menjadi ummat terbaik di dunia? Lihatlah nasib saudara kita di myanmar, mereka tertindas, diseksa malahan dibunuh. 


Kita lihat pula saudara kita di syria sedang bergolak sekarang. Mereka dibunuh. Antara orang yang dibunuh ialah bayi2, kanak2. Yang wanita pula dirogol. 


Apa yang berlaku sekarang itu sesuai dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, 

“Setelah aku wafat,setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Memang benar apa yang diucapkan oleh kekasih Allah itu. Ummat Islam itu sedang dihurung oleh orang yang kelaparan. Mereka diratah seperti orang yang baru keluar dari hutan. Mengapa umat Islam menjadi seperti itu, sedangkan dalam ayat yang tadi, Allah mengatakan ummat Islam itu umat yang terbaik? Yang mana salah? Al Quran atau ummatnya? 
.
.
.
.
.
.
.

Yang salah ialah penulis sebab ada sambungan dari ayat tersebut iaitu ummat Islam menjadi ummat yang terbaik kerana melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar serta beriman kepada Allah. 

Persoalan timbul,
"Ye ke kita tidak melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar? Banyak je ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, di surau-surau. Kan itupun amar ma’ruf nahi mungkar? 

Ya, benar. Ummat Islam itu tidak pernah meninggalkan amar ma’ruf nahi mungkar! Kalau begitu, berbalik kepada soalan tadi, yang salah Al Quran atau ummat Islam? 
.
.
.
.
.
.
.

Yang salahnya penulis. Sebab ada yang tidak adil dari amar ma’ruf nahi mungkar yang dilakukan oleh penulis! Apa yang tidak adilnya? Para daie masih pilih kasih dalam memilih ayat al Quran yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Saya bawakan contoh yang mudah, pada bulan ramadhan, saat dimana dakwah bermaharajalela dimana-mana saja. Ada satu ayat yang sering dikupaskan iaitu ayat 183, surah al baqarah,

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.”

Adakah ada diantara para daie yang pada bulan ramadhan mengkupas ayat kewajipan yang sama seperti ayat diatas, cuma ayat tersebut 5 ayat kebelakang dari ayat tadi? Ayat tersebut dari Al Quran yang sama, surah yang sama, kelompok yang ditujukan juga sama iaitu orang yang beriman, hukum perintah yang juga sama, iaitu wajib, yang berbeza hanyalah sambungannya. Ada yang hafal ayat tersebut? Ayat tersebut tidak lain dan tidak bukan ayat 178 yang berbunyi,

 “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh...”

Kenapa ayat ini jarang dikupas? Apa salah ayat ini? Atau hukum yang terkandung dalam ayat ini sudah tidak wajib lagi? Kalau ayat ini sudah tidak wajib, kenapa ayat puasa masih wajib? Apa yang membezakannya? Jika perintah puasa berakhir dengan ketakwaan, dalam ayat qisas juga berakhir dengan perkara yang sama. Perhatikan sambungan ayat tersebut, iaitu ayat 179 surah al Baqaroh, 

“Dan didalam hukuman Qisaas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”

Adakah kita dibenarkan bersikap begini? Bolehkah kita mendakwahkan ayat kewajipan puasa, pada masa yang sama kita menyembunyikan ayat yang lain? Bolehkah kita mengamalkan ayat yang satu kemudian meninggalkan ayat yang lainnya?

Sikap seperti inilah yang dibenci oleh Allah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 159 yang berbunyi, 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Dalam ayat yang lain pula Allah berfirman, 

“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Al Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Dari kedua ayat tadi sudah terjawab kenapa ummat Islam menjadi ummat yang mundur. Tidak lain hanyalah kerana umat Islam masih lagi bersikap setengah-setengah dengan Al Quran. Kalau didunia dah terhina sebegitu rupa, bagaimana dengan akhirat? “Mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, begitulah yang disebutkan dalam Al Quran. Oleh demikian, kita tidak boleh bersikap setengah-setengah dalam mendakwahkan dan juga dalam mengamalkan Al Quran. 

Timbul persoalan, bagaimanakah caranya agar kita tidak bersikap setengah-setengah dalam mengamalkan Al Quran? Jawabnya ialah dakwah Islam tidak boleh lagi bersifat setengah-setengah. Apa yang diperintahkan oleh Al Quran serukanlah agar diamalkan, apapun yang dilarang Al Quran serukanlah agar ditinggalkan. Tidak boleh lagi dibezakan, mana ayat ibadah, mana ayat politik, ekonomi, akhlaq dan sebagainya. Semuanya merupakan ayat-ayat Al quran yang wajib didakwahkan dan diamalkan. 

Jika ummat Islam mahu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara kaffah, sehingga Al Quran dan As Sunnah dapat diamalkan secara kaffah, maka janji Allah bukan mainan. Perhatikan surah An Nur ayat 55: 

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka berkuasa kuasa  di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.”

Janji Allah dalam ayat yang lain iaitu surah al A’raf ayat 96:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”

Allah Maha Benar! Allah tidak sesekali memungkiri janji-Nya! Wahai ummat Islam sekalian, sudah tiba masanya untuk bangkit dengan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara kaffah, sehingga syariat Islam dapat diamalkan secara kaffah juga. InsyaAllah, Allah sentiasa menolong hambanya dan memberikan kemenangan kepada sesiapa yang mahu memperjuangkan agama-Nya. Takbir! Wallahualam.......

► Faham lebih...

JOM BERDAKWAH SIRI 5:KE MANA UMAT HARUS DIARAHKAN?





JOM BERDAKWAH SIRI 5:KE MANA UMAT HARUS DIARAHKAN?



 Masyarakat sudah lelah menjadi bahan eksperimen.Mereka menginginkan kehidupan yang bahagia. Berbagai sistem yang telah diuji dan diterapkan dalam kehidupan mereka namun semuanya telah menimbulkan kekacauan dan kegagalan. Kapitalisme,sosialisme,sekularisme,demokrasi dan berbagai idea ciptaan manusia telah membawa banyak malapetaka dalam hidup mereka baik di barat mahupun di timur.


Oleh kerana itu,masyarakat benar-benar menantikan sistem kehidupan yang menjamin terciptanya kebahagiaan yang sejati.Dan sudah pasti sistem itu bukanlah sistem buatan manusia tetapi sistem yang dibuat oleh Dzat Yang Maha Tahu dan Maha Kasih.




Kenapa masyarakat perlu diarahkan untuk hidup di bawah sistem yang dibuat oleh Allah?Sebab  hanya Allah Yang Maha Tahu selok belok dan karakter serta fitrah manusia ini. Hanya Allah  yang mengetahui masyarakat dan masalah-masalah di dalamnya. Sebab hanya llah yang menciptakan manusia,masyarakat dan seluruh alam semesta ini. Sedangkan manusia hanyalah makhluk yang kecil,lemah dan tidak tahu.

Jika sistem aturan buatan manusia,tentu nanti akan banyak masalah yang timbul.Seringkali sesuatu dianggap baik padahal kenyataannya adalah sangat buruk dan sangat membahayakan.Sesuatu mungkin dianggap buruk padahal ianya sangat baik.

Jangankan tentang hal-hal masyarakat,tentang hal-hal yang sederhana pun sudah tidak mampu manusia ketahui secara jelas.Contohnya manusia tidak mengetahui berapa jumlah helai rambut berada di kepalanya,berapa banyak jumlah sel darah merahnya,jumlah degup jantungnya,berapa banyak titisan hujan yang telah turun di tempatnya.Manusia tidak dapat memberikan jawapan secara pasti.Yang hanya mampu mereka lakukan hanyalah meneka.

Oleh itu,masakan kita ini ingin membiarkan manusia yang serba kerdil ini untuk mencipta sistem mereka sendiri. Apa akan jadinya sekiranya jika sistem dan aturan dibuat oleh manusia yang serba terbatas ini?Pasti akan menimbulkan kekacauan bukan…

xkan la nak aku yang atur kowt..


Jika sistem kehidupan ini tidak layak dibuat oleh manusia,maka siapakah yang paling layak dalam membuatnya. Kucing,arnab,jin or pokok?
Sudah tentu bukan mereka.Kerana mereka juga makhluk yang terbatas.

Sudah selayaknya semua persoalan baik politik,pemerintahan,social,ekonomi,hokum,pendidikan dan lainnya diserahkan pengaturannya kepada pengaturan pencipta kita iaitu Allah.

Dan pengaturan Allah dalam segala aspek kehidupan boleh terlaksana dengan baik,jika memang ada institusi yang sejak awal diperuntukkan untuk itu.Apakah institusi itu?

Institusi itu tidak lain tidak bukan ialah sistem khilafah atau sering disebut sebagai Daulah Khilafah Islamiyah.

 

Itulah sistem yang membawa  berkah dan kebahagiaan umat manusia,baik  muslim atau non muslim.Dengan sistem ini,hukum-hukum Allah tidak akan dijadikan sebagi pilihan/undian majority.
Dengan sistem ini,masyarakat tidak akan dijadikan bahan eksperimen lagi.Sebab Allah Maha Tahu.



 Inilah sistem yang dinanti-nantikan oleh masyarakat, meskipun banyak anggota masyarakat yang masih menolaknya. Dibawah sistem inilah kebahagiaan sejati insyaAllah akan terwujud.Amin.

Lihatlah apabila manusia sendiri ingin mengatur kehidupan menggunakan logik akal:











► Faham lebih...

AKU BELAJAR KERANA APA?





KENAPA AKU BELAJAR?

alamak...esok test


 owh yeah…musim test makin lama kian terasa.
maka ramai lah student-student yang akan menjadi batman di malam hari.
tak sah kalau kat sebelah tu  takder secawan Nescafe tahap paling strong…


 Maka akan bermula perjuangan mereka nie sambil bersekang mata sampai esok pagi. Buku yang selama nie dibiar berhabuk mula dibuka.Kalau boleh nak khatamkan hari tu juga.



Walaupun malam kian semakin gelap,tetapi semangat student-student tidak pernah luntur. Di sini kita dapat melihat ukhwah masing-masing. Semua mula bersatu padu untuk menghabiskan subjek tersebut.
Semangat,kerajinan dan daya usaha masing-masing memang tak dpt disangkal lagi.
Cuma kadang-kadang diri ini tertanya-tanya…
Sebab apa aku belajar?
  1. nak dapat 4 flat ke?
  2. nak dapat markah yang tinggi 
  3. nak ngorat sorang awek nie…awek nie suka yg pandai2 je
  4. nak mendapat keredhaan Allah



maka cuba kita sebagai seorang muslim buka balik  buku panduan kita tak lain tak bukan Al-Quran.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )


solat je...xyah study2..semua tu duniawi

So kalau lah kita ini diciptakan hanya untuk beribadah kepada Allah,mengapa kita perlu study…kenapa nak kena belajar fizik,kimia, biologi n sebagainya…kan buat pening kepala je..
kita sepatutnya perlu buat ibadah la…solat,puasa,menderma,bersugi n sebagainya…tak perlu belajar..duniawi je semua nie..


Sebenarnya inilah pemikiran yang dangkal yang perlu kita tolak sama sekali…sebenarnya skop ibadah itu amatlah luas. Jangan hanya menyempitkan dalam sudut kerohanian sahaja.

Apa sahaja perbuatan boleh dijadikan sebagai ibadah selagi ia memenuhi 2 syarat nie”
niat kerana Allah taala
mematuhi/mengikut hokum syarak

Oleh itu menuntut ilmu fizik,sains dan teknologi juga boleh dijadikan sebagai ibadah.
Tetapi HATI-HATI.
Betul ke kita study tu kerana Allah atau sekadar ingin mendapat markah yang tinggi dalam test.
Tepuk dada,Tanya selera…


Rasulullah pernah bersabda:

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
Bahkan sesungguhnya amal yang dilakukan selain kerana Allah, tiada nilainya di sisi Allah.
Maka marilah kita mengubah diri kita yang kadang-kadang meletakkan sesuatu manfaat melebihi daripada Pencipta kita.Walluhalam.



► Faham lebih...

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲