JOM BERDAKWAH(SIRI 3)
MASYARAKAT MEMERLUKAN ANDA
i wish you were here
Sebenarnya masyarakat bukannnya tidak mendengarkan dan mengabaikan seruan anda.Tetapi,saat ini mereka tengah menguji.
Apakah Anda seperti “penyelamat” yang terdahulu atau tidak?Masyarakat sungguh memerlukan orang “besar” dan jujur seperti Anda.Masyarakat sungguh sangat merindukan orang yang dapat menghuraikan simpul masalah yang sangat kusut yang tengah menghimpit kehidupan mereka.
Jika masyarakat nampak membenci dan menolak kita,maka harus kita sedari bahawa mereka adalah orang-orang yang belum faham terhadap keperluan yang hakiki.Kita harus memberitahu bahawa mereka adalah para korban eksperimen sehingga wajar apabila mereka lebih selektif.Kita harus faham bahawa mereka seperti orang yang lama tersesat dalam perjalan dan seperti orang sakit parah.
Andai masyarakat nampak menolak,bukan bererti apa yang kita bawa mengelirukan,jijik dan tidak mereka perlukan.Sebenarnya mereka menolak kerana belum faham.
Sebab yang kita bawa adalah firman Allah dan seruan Rasullullah.Yang kita bawa adalah peta jalan kehidupan dan ubat yang mujarab(syifa’). Mereka pasti memerlukan yang kita bawa. Namun mereka belum faham sahaja sehingga mereka nampak menolak.
ko sape nak dakwah2 kat aku nie!!!
Allah berfirman:
“Penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya,ketika mereka menyeru kalian.Sebab itu mereka akan memberi “kehidupan” kepada kalian”(Al-Anfal:24)
Sila berkokok