JOM BERDAKWAH(SIRI 3)

JOM BERDAKWAH(SIRI 3)


MASYARAKAT MEMERLUKAN ANDA

i wish you were here

Saat ini masyarakat menjerit dan berteriak memerlukan pertolongan.Mereka betul-betul memerlukan ubat namun mereka tidak mengetahui lagi.Mereka memerlukan orang –orang yang menunjukkan mereka ke jalan yang benar.Mereka betul-betul memerlukan orang yang jujur bukan pura-pura atau pembohong.Mereka merindukan orang yang memahami makna hidup yang hakiki.Namun mereka belum menemukan.


mana hero-hero aku nie :(

Mereka belum menemukan Anda atau belum yakin dengan Anda,wahai saudaraku…
Sebenarnya masyarakat bukannnya tidak mendengarkan dan mengabaikan seruan anda.Tetapi,saat ini mereka tengah menguji.

Apakah Anda seperti “penyelamat” yang terdahulu atau tidak?Masyarakat sungguh memerlukan orang “besar” dan jujur seperti Anda.Masyarakat sungguh sangat merindukan orang yang dapat menghuraikan simpul masalah yang sangat kusut yang tengah menghimpit kehidupan mereka.




Mereka sangat menginginkan kehadiran Anda cuma hanya mereka tidak mengatakannya.Mereka sebetulnya mengharapkan orang yang sabar,amanah dan mahu berusaha menyirami jiwa-jiwa mereka yang kering dengan air kesejukan Islam.

Mereka sebenar-benarnya menanti-nanti dengan cemas kehadiran orang-orang yang jujur yang akan membangkitkan mereka dan menarik tangan mereka untuk keluar dari kubangan lumpur hitam kehidupan.Mereka mengharap orang-orang yang berjuang tidak kerana imbalan,kedudukan dan kehidupan dunia.Orang-orang itulah yang sedang dinanti-nantikan masyarakat.

dimana kalian???

Jika masyarakat nampak membenci dan menolak kita,maka harus kita sedari bahawa mereka adalah orang-orang yang belum faham terhadap keperluan yang hakiki.Kita harus memberitahu bahawa mereka adalah para korban eksperimen sehingga wajar apabila mereka lebih selektif.Kita harus faham bahawa mereka seperti orang yang lama tersesat dalam perjalan dan seperti orang sakit parah.

Andai masyarakat nampak menolak,bukan bererti apa yang kita bawa mengelirukan,jijik dan tidak mereka perlukan.Sebenarnya mereka menolak kerana belum faham.

Sebab yang kita bawa adalah firman Allah dan seruan Rasullullah.Yang kita bawa adalah peta jalan kehidupan dan ubat yang mujarab(syifa’). Mereka pasti memerlukan yang kita bawa. Namun mereka belum faham sahaja sehingga mereka nampak menolak.
ko sape nak dakwah2 kat aku nie!!!

Menerima seruan Allah dan Rasul-Nya adalah untuk kebaikan hidup ,kebahagiaan dan ketenteraman manusia.Semua orang pasti memerlukan seruan Allah dan Rasul-Nya termasuk orang-orang yang belum faham.

Namun sekali lagi,kerana mereka belum faham sehingga ada pada awalnya mereka kelihatan menolak.Padahal sebetulnya mereka sangat merindukan kehadiran kita dan sistem Islam yang sedang kita perjuangkan.

Allah berfirman:
“Penuhilah seruan Allah dan Rasul-Nya,ketika mereka menyeru kalian.Sebab itu mereka akan memberi “kehidupan” kepada kalian”(Al-Anfal:24)



► Faham lebih...

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲