INI KALILAH TINGGALKAN DEMOKRASI, KHILAFAH JANJI DITEPATI


SURAT UNTUK UMAT NABI MUHAMMAD


Umum mengetahui bahawa Pru 13 baru sahaja melabuhkan tirainya dan kita mengetahui bahwa Barisan Nasional terus berada di tampuk pemerintahan untuk 5 tahun seterusnya.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya,kita dapat melihat negara ini terus diterajui tanpa menerapkan hukum-hukum Islam lalu terus menerus menerapkan hukum kufur yang berasal dari akal manusia.

Saya tidak ingin menyuarakan terlampau panjang pendapat saya ini tetapi ternyata umat Islam sekarang perlu sedar bahawa ketika ini Malaysia sedang sistem demokrasi. Sebuah sistem yang rosak yang berasal daripada tamadun yunani lalu mula dipopularkan ketika zaman renaissance.

Ya,demokrasi. Sistem yang penuh rosak. Sebuah sistem yang menghancurkan umat Islam malah membuatkan umat Islam tidak mampu bangkit.

Demi berlaku adil,saya lebih mahu merungkai bagaimana demokrasi ini telah berjaya meracun kedua-dua belah pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang.

Di pihak A,kita dapat melihat bagaimana tragedi kes tipu menipu,fitnah menfitnah,korupsi, sumpah sana sini dan sebagainya. Mereka merasakan merekalah pejuang agama Allah lalu memainkan kes kalimah Allah berulang-ulang. Mereka begitu semangat menjaja kelemahan musuh sehingga mereka lupa ketua mereka sendiri menolak hukum Allah..Antara kalimah dan hukum-Nya..
Ya,mereka tidak kisah selagi pemimpin mereka berada di tampuk pemerintahan.

Di pihak B pula,kita dapat melihat bagaimana mereka mula berkompromi dengan kebatilan. Dalam sibuk merebut kerusi,mereka lupa akan erti persaudaraan di dalam Islam. Saudara saudara kita yang datang dari bangladesh dihina dan dikutuk. Dituduh sebagai perosak negara Malaysia. Adakah syahadah umat Islam di bangladesh berbeza dengan umat islam di Malaysia? Dan tak lebih kurang hebatnya apabila antara parti Islam bergaduh sesama sendiri kerana dituduh sebagai pemecah undi. Bahkan ada juga yang bergaduh hanya kerana tidak mahu turut terlibat dalam sistem yang rosak ini. Dituduh sebagai buta politik, melambatkan kemenangan Islam dan sebagainya.

SEMUANYA KERANA DEMOKRASI!!!



Sudah cukup segala permainan ini..Wahai umat Muhammad,bersatulah kita..
Sungguh demokrasi telah merosakkan kita.
Sungguh demokrasi amat membuatkan kita hina.
Di dalam Malaysia, menukar pemimpin adalah 5 tahun sekali.Siapa yang ajar?
Ini semua Lord Reid yang ajar..Andai kata dia suruh kita buat 10 ntahun sekali,maka akan berlaku pilihan raya 10 tahun sekali.
Sungguh hina taktik ini.
Sungguh hukum Allah itu tidak perlu menunggu 5 tahun sekali untuk diterapkan.
Selagi ia tidak diterapkan,maka seluruh umat Islam akan  berdosa..
Mampukah kalian menahan dosa tidak terterapnya hukum Allah selama 5 tahun yang akan datang.
Sungguh saya tidak sanggup dan saya tidak mampu.

Wahai umat Muhammad,kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dalam umat manusia.
Percayalah janji Allah ini.
Sudah tiba masanya kita bersatu berjuang menegakkan daulah Islam yang sebenar..
Daulah yang tidak membezakan yang mana sama ada anda dari Malaysia,Indonesia,Bangladesh,Mesir.Rohingya dan sebagainya.
Daulah yang menyatukan kita semua.
Daulah yang menerapkan hukum Islam secara kaffah tanpa perlu persetujuan manusia.
Daulah yang menyebarkan Islam sebagai rahmat.
Itulah sebuah daulah bernama KHILAFAH..

...dan akan kembalinya khilafah mengikut manhaj kenabian (HR ahmad)


INI KALILAH TINGGALKAN DEMOKRASI, KHILAFAH JANJI DITEPATI
► Faham lebih...

GASIM

Gabungan Siswa Siswi Intelek Muslim

Terbuka mata

Manusia Terjaga

Patuk mematuk

Credit

 
▲ Terbang ▲